~bermulanya CINTA...~
"ANGKATLAH JIHAD INI SUPAYA KITA SEMUA MENDENGAR SUARA2 KEBANGKITAN UMAT".........
Thursday, December 22, 2011
sekadar luahan dariku
Tuesday, December 20, 2011
jangan biarkan aku sendirian
sebarkan cintamu demi kekasih abadi
tiada erti sebuah perjalanan tanpa cinta yang tiada kedengaran
cintamu ada dalam dirimu wahai sang pencinta
dekatilah dan fahamilah bahasa cintaNya
akan kau temui sebuah jawapan yang sempurna
Monday, December 19, 2011
aku yang mencari-cari
Sunday, December 18, 2011
cinta yang terpendam
Mereka sibuk dengan hal dunia, aku takut dan semakin takut kerana.....di akhirat kelak aku tidak dapat menjawap segala pertanyaanNya. adakah akan ku jawap, aku lakukan segala urusan itu keranaMu ya Allah...ikhlaskah hatiku? atau aku lakukan kerana aku rasa 'wujud diri', aku 'hebat', aku yang paling 'alim', aku yang 'berkuasa', aku 'kaya' dan aku..aku..aku..
Friday, February 4, 2011
ya Rasulullah....
wahai saudara2ku,
kehidupan seharian kita menceritakan terlalu banyak kelalaian kita. kita semakin hanyut meniti keindahan dunia, malah melupakan kehidupan yang akan menanti. MasyaAllah...
adakah masih ada lagi peluang untuk kita meniti hari2 esok...untuk mencari sebuah kehidupan yang amat2 pasti....rugi bagi orang2 yang lalai dan bahagia bagi orang2 memahami dan mengerti akan kehidupannya untuk apa???
wahai penilai cinta...
cintailah Allah sebenar-benarnya dan cintailah Rasulullah SAW sungguh2...fahamilah sunnahnya, bersama-samalah dengan sunnahnya...sesungguhnya Rasulullah saw bersama-sama kita di akhirat kelak, andai kita mengingatinya sentiasa.
“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman shalawatlah keatasnya dan salamlah dengan sebaik-baik salam.” (Surah al-Ahzab : 56)
mengingatinya dengan berselawat sebanyak-banyaknya...semoga kalian dapat rahmat dariNya iaitu Allah Yang Maha Pemberi Rahmat.
dari hati ke hati, tiada yang indah dari mencintai Allah dan Rasulullah saw...
Friday, November 5, 2010
untukmu khalifah dunia : Allah menyembunyikan 6 perkara
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat( ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap ). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya dan berkata:
" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.." Tidak "
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. " Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad saw. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi KemuliaanKu dan KetinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: " Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka? "
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. " Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :
" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud." Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :
- Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
- Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
- Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat ( yang 5 waktu ).
- Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
sesungguhnya Allah SWT amat mencintai hambaNya...marilah kita munasabahkan diri...
Tuesday, October 26, 2010
mencapai sempadan kesabaran
wahai sahabatku,semoga kalian dilimpahi rahmatNya walau di mana kamu berada. Sesungguhnya Dia sentiasa berada disisimu, Dia sentiasa mencintaimu...sedangkan kamu selalu menyalahiNya. Lihatlah perbuatan kalian...kalian sentiasa menyalahi takdirNya tetapi Dia tidak membalas dengan kehinaan ke atas kalian, malah Dia membalas dengan nikmat yang banyak. Dia menghidupkan dirimu sehingga ke hari ini, Dia memberi kalian rezeki berupa wang, rumah, makanan, minuman, pakaian, kecantikkan, kegembiraan, persahabatan, keluarga dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat kalian menghitungnya walau kalian sendiri pakar dalam ilmu perakaunan...
wahai saudaraku, dengarlah kata hatimu bukan bisikan nafsumu..."OPEN YOUR HEART". Bukalah hati kalian dengan seluas-luasnya, nikmat yang kalian terima terlalu banyak dan bersyukurlah dengan nikmat itu. Balaslah nikmat itu dengan sifat sabar akan kelakuanNya( takdir )...kehidupan ini adalah sebuah permainan, di mana ujian dan dugaan itu sebagai penentu kemenangan dan kekalahan. Bukan kesusahan itu sahaja sebagai ujian, kesenangan juga adalah satu ujian. Hanya dengan mata hati seorang manusia itu dapat menilai. Nilailah dengan mengharap keredhaanNya dan keampunanNya.
BERSABARLAH DEMI REDHANYA
Mengapa kalian hanya melihat pada satu sudut yang hujung sahaja, bukan melihat keseluruhannya. Kalian lebih menafikan takdirNya tetapi kalian tidak mengetahui akan kehadiran hikmah takdirNya. Lihatlah kezaliman kalian sendiri cipta pada diri kalian sendiri. Mungkin saya bukan berada ditempat kalian tetapi tidak mustahil saya tidak diuji oleh Tuan Empunya Dunia. Selagi kita bergelar manusia (hambaNya), kita tetap akan diuji walaupun mereka itu orang kafir.
Ujian dan dugaan setiap manusia sangat berbeza, hanya orang-orang yang bersabar akan berjaya melaluinya. Semakin sabar seseorang itu semakin berat ujian yang mereka terima. Itulah jalan "KEKASIH ALLAH"...Ujian dan dugaan yang kalian lalui bukanlah sekadar penderitaan dan Dia(Allah) tidak mahu menolong kalian tetapi Dia terlalu mencintai kalian. Lihatlah penderitaan Rasulullah SAW, bukankah baginda adalah manusia yang terbaik dan juga kekasihNya ? bukan Allah mengujinya tanpa membantu baginda tetapi Allah mahu meletakkan baginda sebagai makhluk yang terbaik daripada setiap ciptaanNya.
Bagaimana penduduk Thaif yang tidak mahu menerima baginda tetapi baginda tidak membalasnya dengan kekejaman. Baginda mendoakan, semoga keturunan mereka ada yang menyebarkan agama yang mulia ini. Lihatlah sikap Rasulullah, jadilah baginda sebagai tauladan.
Lihatlah kehebatan 4 wanita yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Mereka adalah Khadijah, Maryam, Fatimah dan Asiah. Mereka diuji dengan ujian yang amat berat berbanding kita hanyalah sedikit ujian yang diberi tetapi mereka bersabar dan redha akan kehendak Ilahi. Lihatlah kemuliaan Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah yang diuji dengan keletihan, kepenatan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Saidina Ali. Lihatlah Fatimah, menjalani tanggungjwabnya tanpa rasa susah walaupun dia hidup dalam keadaan serba kesusahan. Tidak mengeluh dan tidak mengharap bantuan orang lain. Mengapa Saidina Ali tidak berkahwin lain ketika Fatimah disisinya ? Ini kerana Fatimah telah melakukan tugasnya seperti 4 dalam 1. Maksudnya jika hari ini ada lelaki berkahwin 4, empat orang isteri tersebut bersamaan dengan kekuatan Fatimah Az-Zahra. Lihatlah kesabaran seorang wanita ini dalam menjalani tanggungjawabnya. Tidakkah kalian mahu seperti wanita yang bernama Fatimah ini ?
Kita lihat pula ibu kepada umat Islam iaitu Siti Khadijah.Kehadirannya dalam hidup Rasulullah SAW membawa seribu makna dan sukar ada pengganti sepertinya walaupun ada sejuta wanita solehah di dunia hari ini. Dia memberi Rasulullah SAW zuriat iaitu Ruqayyah, Ummu Kalsum, Zainab, Al-Qasim, Abdullah, dan Fatimah Az-Zahra. Khadijah juga menjaga dan membenarkan kata-katanya ketika Rasulullah menjadi rasul dan kaumnya tidak menerima ajaran yang benar. Khadijah menjadi ibu ketika Rasulullah dalam ketakutan, Khadijah menjadi isteri ketika Rasulullah memerlukannya, Khadijah menjadi kekasih saat Rasulullah memerlukan cinta dan Khadijah menjadi sahabat ketika Rasulullah dipulaukan oleh kaumnya...itulah keistimewaan Khadijah buat Rasulullah, perlu dicontohi buat semua bakal isteri,ibu-ibu dan wanita solehah. Sentiasa setia disisi suaminya walaupun dugaan yang hebat menerjah keluarganya. Pernah suatu ketika Saidatina Aishah bertanya kepada Rasulullah kerana Aishah begitu cemburu akan Khadijah walaupun Khadijah sudah wafat. Rasulullah SAW membalasnya :
" Demi Allah, wahai Aishah! belum ada ganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia beriman kepadaku ketika orang lain termasuk keluarga dan kaumnya mengingkariku. Dia memeluk Islam, menyara hidupku, menghabiskan kekayaannya menyeru ke jalan Allah di saat orang lain memulaukanku. Dia memberiku zuriat yang tidak akan diperoleh daripada perempuan lain."
Lihatlah kehebatan wanita unggul dalam Islam, tidakkah kalian ingin menjadi seperti mereka? Wahai sahabatku, bersabarlah demi redhaNya. Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak goyah walau dihempas badai yang melanda yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput yang akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.
Sahabatku, contohilah wanita suci Maryam Binti Imran. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilontarkan tetapi tidak sesekali Maryam membalasnya dengan dendam. Hanya kekuatan kesabaran yang ada dalam dirinya, Maryam laluinya dengan hati yang tenang. Kerana keyakinan akan janji-janji Allah, dia lalui dengan tabah. Tidakkah sukar perjalanan wanita ini? Menempuhi ujian yang bukan kehendak dirinya dan menerimanya dengan penuh kesabaran. Ingatlah sahabatku, orang-orang yang beriman menjalani kehidupan mereka dengan kesabaran sedangkan orang-orang kafir menjalani kehidupan mereka dengan sesalan.
Jadilah isteri Firaun sebagai tauladan, Asiah Binti Mazahim.Menjadi seorang isteri raja yang paling zalim di dunia tetapi apa yang dibalas oleh Asiah? sabar dan redha. Tidak pernah sesekali meminta ditinggalkan walaupun dia sendiri menderita dan terseksa. Menjadi ibu angkat kepada Nabi Musa as, demi cinta akan kehadiran anak kecil itu Asiah berhadapan dan menyakinkan Firaun Laknatullah, disaat Firaun mengarahkan semua bayi-bayi lelaki dibunuh. Tidakkah kalian malu akan perbuatan kalian terhadap suami kalian, sedangkan sejarah telah menceritakan dahulu kehebatan wanita syurga ini. Adakah suami kalian seperti Firaun yang mengaku dia sebagai Tuhan? Kalian hanya bertengkar dan terseksa kerana perkara dunia tetapi Asiah diseksa bukan kerana hal dunia, Asiah terbunuh kerana cinta pada kekasih hakiki iaitu Allah SWT.
Wahai wanita solehah, andai dulu kalian amat mencintai suami kalian, cintailah mereka hari ini demi Allah dan Islam ! Didiklah anak-anak kalian demi kasih kepada Islam ! Hanya Islam dapat mengubah kehidupan kalian...Islam mengajar kalian erti kasih, sayang, rindu, cinta dan syukur. Islam membawa kalian akan maksud sebenar CINTA ALLAH SWT !!!
Allah SWT tidak pernah mengasari kekasih-kekasihnya, malah membelai mereka dengan penuh nikmat syurga. Begitu juga kita, jangan mengasari orang yang kita sayang...terima segala ujian dan dugaan dengan penuh kesabaran demi redha Allah SWT.
Wahai penilai cinta ! saya juga bukanlah wanita yang sempurna tetapi tidak salah kita semua sempurnakan kehidupan ini dengan mencontohi mereka demi mencari redha Allah, demi Islam ! waallahu'alam...