Sunday, March 1, 2009

BERMACAM-MACAM KURNIAAN REZEKI


Allah kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk, antaranya :
  1. Ilmu yang luas dan bermanfaat (ilmu yang paling bernilai adalah yang dapat beri manfaat untuk dunia dan akhirat)


  2. Hidayah (hidayah atau petunjuk dari Allah dikurniakan kepada siapa saja di kalangan hamba-hamba yang dikehendakiNya.Dengan hidayah ini,seseorang dapat keluar dari kekufuran kepada iman, dari jahil kepada berilmu.


  3. Iman dan Islam (Nabi saw apabila dengar ada orang ucapkan 'Alhamdulillah', bersyukur kepada Allah atas nikmat Islam, baginda lalu bersabda ;"Sesungguhnya kamu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang sangat besar").


  4. Kefahaman dalam agama (Orang yang diberi kefahaman dalam agama amat beruntung kerana ia petanda Allah mahu dia jadi baik. semakin banyak dia belajar, bukan sahaja semakin berilmu tapi yang lebih penting semakin tinggi kefahamannya dalam agama. ini rezeki yang akan menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Sabda nabi saw :"Siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya maka Dia akan memberikannya kefahaman yang mendalam dalam urusan agama." (riwayat Bukhari dan Muslim) )


  5. Persekitaran yang baik (Kawasan kejiranan yang baik, teman sekerja dan sahabat-sahabat yang baiik serta lingkungan keluarga yang baik merupakan rezeki yang tidak ternilai kerana dari situ akan terasa kebahagiaan hidup.persekitaran yang baik ini juga mendorong seseorang itu mudah untuk buat baik dan mengumpul pahala untuk akhirat. )


  6. Dicukupkan keperluan (keperluan hidup yang mencukupi meliputi keperluan makan dan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dan sebagainya.kadang-kadang Allah cukupkan walaupun seseorang itu berpendapatan sederhana saja hingga dia boleh beribadah dan jalani kehidupan dengan tenang, tidak terganggu dengan masalah-masalah yang menyempitkan dada.Ada pula yang berpendapatan tinggi tapi Allah sempitkan keperluannya, kerana Allah mahu si hamba tidak bergantung dengan benda , sebaliknya bergantung kepada Allah semata-mata.bagi hamba yang Allah cukupkan keperluannya dan banyak harta, dia diberi rezeki untuk disyukuri dan dibahagi-bahagi.)

No comments: