Friday, September 4, 2009

UNTUKMU....WAHAI SAUDARAKU

saudaraku yang dikasihi...
tidak ada apa yang perlu ku ungkapkan di sini andai dikau terus dengan caramu,daku tahu dikau punya pelbagai alasan untuk diperkatakan tapi satu sahaja inginku katakan...jagalah tauhidmu di mana pun dikau berada...daku berharap dikau mengerti.wahai hati yang lembut, dikau insan yang penuh dengan keistimewaan...keistimewaanmu tidak ada padaku kerana itu dikau disayangi oleh semua insan disekelilingmu, daku masih ingat dahulu namamu sentiasa disebut-sebut oleh semua ahli keluarga tapi namaku,tidak...daku tidak sepertimu, daku insan yang hina sungguh hina...wahai kekasih jiwaku, dikau sungguh bertuah daku terlalu bangga dengan kejayaanmu selama ini tetapi hari ini...saat ini...dikau benar-benar mengecewakan diriku. adakah diriku yang salah..?
wahai saudaraku,
"...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...[surah an-nur:ayat 26]"...
daku tahu dikau dapat memikirkannya, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. bagaimana kita mahu mengupas ayat tersebut sedangkan kalam suci ini sangat indah kata-katanya...adakah dikau tidak mahu seperti itu..? wahai sayangku, memang hatimu lembut tetapi sulamilah hatimu itu dengan rasa ketuhanan...andai dikau sulaminya dengan rasa ketuhanan dikau akan merasakan susah mahu berpisah denganNya, berbanding cinta palsumu itu...daku merasainya selama ini kerana itu selama ini daku susah mahu melepasi cintaNya yang sudah sebati dalam jiwaku,daku takut untuk bercinta daku takut kehilangan cinta itu...
wahai jiwa yang indah, dikau tahu tidak apa yang dalam hatiku selama ini..?daku selalu berdoa bakal suamiku itu seperti diriku jua...cintanya hanya untuk Allah bukan nafsu semata-mata...daku selalu berdoa andai daku ada jodoh di dunia ini daku terima dia seadanya tetapi daku lebih menyukai jodohku di akhirat kelak kerana di sana cinta yang hakiki...kerana cinta yang dipilih oleh Allah untukku.
wahai saudaraku yang disayangi, dikau tahu tidak apa yang daku perjuangkan hari ini..?daku perjuangkan rasa ketuhanan dalam diri setiap wanita Islam kerana itu daku begitu ramai kenalan yang seperti dikau ketahui bukan kerana daku menyintainya tetapi mengenali mereka...hari ini tauhid yang di bawa oleh Rasulullah selama 13 tahun sudah dilupai dan daku mengharap apa yang di cita-cita akan menjadi kenyataan...mengenali manusia adalah hobiku...melihat dan mentafsir.
wahai cinta hatiku, daku harap dikau memahami apa yang daku sampaikan...dikau bacalah dan ingatlah jangan kerana perbuatanmu ini mendapat kemurkaan Ilahi...akhir bicara, sambutlah cintaku ini dengan rasa kenikmatan cinta Ilahi.

*p/s : andai dikau menyayangi si dia...sayangilah dia kerana Allah bukan kerana nafsumu yang 9 itu....dari insan yang hina...kakakmu...

1 comment:

hanif hj ibrahim said...

u touch my heart through this writing...it is loving of sister. love is complicated, full of dreaming and happines. sometimes, it is become horrible to us...pray for Him a lot.insya Allah this illusionment would runs from ur life