Sunday, November 15, 2009

PESONA CINTA


cinta..?apa itu cinta...? wahai saudaraku, cinta itu adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan " rindu ". sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya. mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.

wahai saudaraku, betapa siksanya jadi sang perindu yang sentiasa menanti kehadiran kekasih hatinya...betapa hebatnya cinta kerana sang kekasih memiliki yang dikasihi tetapi kerana yang dikasihi hilang dipandangan maka sang perindu menjelma...ya Allah, peritnya hati ini !! bagaimana rasanya...tetapi kerana yakin akan kehadiran sang kekasih maka biarlah rindu itu berterusan kerana suatu ketika nanti pasti segala-gala yang dinantikan akan dibalas jua. wahai saudaraku, kerana cinta segala-galanya akan kita lakukan untuk mencapai hajat memilikinya...begitu jua cinta kepada Allah dan Rasulullah. bagaimana cinta Allah kepada kekasihNya ( Muhammad SAW ) ? kerana pernyataan cinta Allah kepada kekasihNya maka jadilah alam ini...kerana cinta kekasih kepada kekasih maka tiada ungkapan untuk diluahkan...bagaimana cinta Rasulullah SAW pada kekasihnya ? kerana membalas cinta yang Mengasihinya maka dibalas dengan kesyukuran...subhanallah!!

jadi dimana letak cinta kita wahai sahabatku...? tiada kata untuk dilafazkan tiada bicara untuk disuarakan...kerana diri amat hina...bagaimana untuk diri mahu menyatakan rasa cinta ini..?

wahai saudaraku inginku kongsi sebuah cerita pada kalian...diceritakan bahawa Zun-nun al Masri ra ke Masjidil Haram. Dia melihat seorang pemuda telanjang jatuh sakit dan nampak sekali hatinya sedang meratap pedih. kemudian dia berkata, " aku mendekati pemuda itu, kuucapkan salam padanya lalu kutanya, " siapa engkau wahai pemuda ?" dia berkata, " aku ini orang asing sedang dirundung rindu." maka tahulah aku maksudnya. lalu aku berkata, " Aku juga sepertimu." kemudian dia menangis kerana tangisannya. dia bertanya, " apakah engkau nangis ?" Aku menjawab, " aku juga sepertimu." kemudian dia menangis lebih keras lagi, dia menjerit sehingga keluar rohnya. lalu aku selimutkan pakaianku kepadanya. dan aku keluar untuk mencari kain kafan. setelah aku mendapatnya aku kembali lagi. namun aku tidak menemui pemuda itu di tempatnya. maka aku berkata, " Maha Suci Allah." lalu aku mendengar suara Hatif berkata, " Wahai Zun-nun, sesungguhnya orang asing itu dicari syaitan tidak bertemu, dicari pemilik harta tidak ditemui, dicari keredhaan di Syurga pun tidak bertemu." kemudian aku bertanya, " di mana dia sekarang?" lalu kudengar suara Hatif berkata,

" Di Majlis ( tempat ) yang benar, di sisi Maharaja ( Allah ) yang Maha Kuasa."          ~ Qamar, ayat:55~

disebabkan kecintaan, ketaatan dan taubatnya.

setengah Masyaikh ada yang ditanya tentang Muhib ( 0rang menyintai Allah ). Maka dia menjawab, " iaitu sedikit bergaul, banyak menyendiri, selalu berfikir, banyak diam. Dia tidak melihat ketika memandang, tidak mendengar ketika dipanggil, tidak faham ketika diajak bicara serta tidak berduka bila ditimpa bencana. Bila dibentak tidak takut. Pendeknya dia selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya. Dia suka dan bermunajat kepadaNya serta tidak memperduli ahli dunia."

wahai saudaraku, cinta melakarkan segala-galanya...kerana cinta kita membuat apa sahaja yang disuruh oleh kekasih hati...kerana cinta kita mengharap akan ada balasannya...kerana cinta kita tidak akan membuat apa yang dibenci oleh kekasih hati...mengapa tidak kita melakukan ini untuk mencintai Allah..?mengapa ada persengketaan antara kita..? mengapa ada benci antara kita..?mengapa ada kecurangan antara kita..?sahabat yang disayangi, diriku hanya insan biasa...tetapi kerana ukhuwwah dan cintaku, walau seribu kritikan akan kuterima...

Abu Tawwab telah bersyair menyebutkan tanda seorang Muhib :

janganlah engkau tertipu

seorang kekasih punya tanda

punya hadiah untuk kekasihnya

pahit bala-Nya dirasa nikmat

diterima gembira apa pun yang Dia perbuat

tidak diberi pun tidak mengapa

kefakiran dianggap penghormatan sahaja

kau lihat keinginannya

hanyalah mentaati kekasihnya

kau lihat mukanya berseri

hanya si Dia yang ada di hati

Dia taat segala ucapan-Nya...

wahai saudaraku, kerana cinta juga kita sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasih hati walaupun pahit untuk dilalui...itulah kasih sayang. kasih sayang sang kekasih kepada kekasih...untuk mengenal erti seorang hamba kepada kekasih...suburkanlah hati kita dengan rasa cinta...kerana cinta kita dapat bersatu kembali...semoga Allah merahmati kalian...amiin.

dari hati ke hati, insan yang lemah.

No comments: