Monday, December 28, 2009

PAPAdom

papadom...!sebuah cerita yang memberi kuinspirasi dan mengingatkan kisah diriku. papadom adalah sejenis makanan seperti keropok...tetapi bukan ini niatku untuk cerita tentang makanan...ingin kukongsi kisah papadom ini mengenai pengorbanan seorang ayah kepada anaknya...segala-galanya untuk sang anak yang meningkat remaja.


Saadom adalah seorang ayah yang amat sibuk dengan perniagaannya tetapi selepas kematian isterinya...dia cuba menagih jalan untuk menunaikan janjinya pada isterinya supaya menjaga anaknya, Miasara. kerana takut akan kebebasan anaknya, Saadom sentiasa mengekori setiap pergerakan anaknya sehinggalah anaknya berjaya belajar ke menara gading.kerana kasih seorang ayah, dia sanggup menjadi tukang kebun di tempat Mia belajar.

wahai saudaraku, ayah adalah lelaki yang paling bermakna dalam hidup kalian selain ibu. kadang-kadang kasih ayah tidak terlihat seperti sayangnya seorang ibu pada anaknya. tetapi sedarlah saudaraku, kasih ayah tetap ada dihatinya untuk anak-anak. 

ibu dan ayah adalah anugerah Allah untuk kalian, jadi mengapa perlu kalian derhaka pada mereka. mereka sanggup buat apa sahaja untuk kalian...maka jadilah manusia yang bersyukur dengan kurniaan Illahi yang amat istimewa ini. ibu...! ayah...! ampunkan dosa2 kami...

ayah...perkataan yang amat kurindui. ingin merasakan sayangnya, ingin menerima ucapan kasihnya, ingin mencium tangannya....tetapi itu semua hanya mimpiku.sudah 9 tahun, ayah meninggalkanku....di hari yang mulia pada 1 syawal 1422.hari yang penuh dengan kesyukuran bagi umat Islam tetapi itulah hari yang memberi sejarah hitam buatku...diriku tidak akan melihatnya untuk selama-lamanya.ayah...maafkan sarah.sarah akan cuba buat yang terbaik untuk keluarga kita.

akhir kalamku...setiap kerinduan yang lahir itu adalah kasih Allah buat hambaNya supaya hambaNya mengetahui segala yang berlaku dariNya, Tuhan Pemberi Rahmat.

dari hati ke hati...ayah, diriku sentiasa mengingatimu...terima kasih untuk selama-lamanya, terima kasih ayah, terima kasih mama dan terima kasih Allah akan kehidupan ini...dari hamba yang hina.

No comments: