Saturday, May 23, 2009

pintu hidayah...

bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana limpah kurniaNya kita masih diberi peluang untuk menuju kebaikan meskipun sudah terlanjur berbuat dosa. hanya kepadaNyalah kita memohon keampunan, memohon pertolongan,memohon perlindungan dari segala kejahatan. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah jua dan yang jahat itu sebenarnya dari kita sendiri.
semoga Allah swt memberi hidayah kepada kita untuk menuju jalan yang diredhai, jalan kebaikan yang dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt yang akhirnya membawa kebaikan dunia dan akhirat.
hari ini aku amat bersyukur kerana Allah swt masih memberiku peluang dan ruang untuk mengenal agama ini dengan lebih dekat. ditengah2 kesulitan dan kehancuran aku adalah hambaNya yang hina diberi peluang untuk merasa indahnya Islam itu. aku masih teringat suatu ketika dulu, seorang ustaz yang berjiwa ulama' memberi ceramah yang membuat diriku terpesona dan terpegun dengan kata2nya yang memberiku ruang yang amat luas untuk bertaubat. saat itu aku tidak banyak berfikir melainkan mencari sesuatu yang aku hilang...kali ini aku bukan mahu bercerita tentang diriku tetapi tentang "pintu Hidayah".
saudaraku,
soal hidayah itu hanya Allah swt sahaja yang tahu...jika kita tidak mencari kita tidak akan dapat memiliki hidayah itu. hidayah itu milik Allah swt. hanya orang2 yang dipilihNya sahaja akan memiliki hidayah itu.
kadang2 aku hairan dengan orang sekarang yang ada basic agama tetapi tidak mahu membantu sahabat2 yang berada dalam keadaan terhuyung-hayang....terhuyung-hayang?? terhuyung-hayang tentang agama. aku amat sedih melihat perkara tersebut, kenapa semua ini terjadi? mereka lebih suka mengkritik dan menghina orang yang mahu dekat dengan Islam...mengapa kita perlu begitu, sedangkan mereka memerlukan kita untuk dekat dengan Islam...aku amat sedih dengan adanya perkara tersebut...amat2 sedih.
Islam adalah agama yang mulia, janganlah kita menghina kemuliaan tersebut...kita perlu bantu mereka walaupun mereka susah untuk terima nasihat kita, kita perlu sedarkan mereka. janganlah yang pakai tudung labuh pun mengajak kebaikan kepada orang yang pakai tudung labuh...bukan mengkritik tapi inilah realitinya...kenapa perlu begitu?? saudaraku, di luar sana banyak lagi perlu kita dakwah jangan sesama kita sahaja...masyarakat di luar sana memerlukan kita. kita boleh nasihat sesama kita tapi itu hanya untuk antara kita yang tersasar jauh dari agama...
saudaraku,
masyarakat di luar sana memerlukan suara2 kita untuk nasihat mereka, di situlah perjuangan kita. janganlah kita hina mereka kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan macam kita juga...saudaraku, apa yang paling penting ialah jagalah hati kita kerana hati susah sangat untuk dijaga...janganlah kerana nak berdakwah sebab ada "mamat hensemlah","makwe cantiklah,"sebab nak jawatanlah", dan banyak lagi.
kita perlu ikhlas dalam semua perkara mengikut rentak niat. saudaraku, sesungguhnya kita sudah berjanji dengan Allah swt sebanyak 2 kali. kali 1, ketika di alam arwah lagi...ketika dalam rahim ibu kita...kita telah berjanji mahu menjadi khalifah Allah swt dan terus beribadah kepada Allah swt...selepas itu kita lupa sebab kelahiran kita berlainan kerana kuasa Allah swt itu mendahului kejadian kita. kita keluar ke dunia dalam keadaan yang berbeza-beza, ada yang keluar menjadi sebagai orang Islam dan ada yang kafir...jika yang Islam sekali lagi kita berjanji dan berikrar pada Allah swt saat kita solat iaitu membaca doa iftitah.
saudaraku,
saat itu kita perlu fikir,kenapa kita dilahirkan sebagai orang Islam...kenapa tidak agama lain.
di situlah kita perlu bersyukur kepada Allah swt, orang kafir pula masih tercari-cari lagi agama yang sebenar. janganlah kita yang ada sedikit pengetahuan agama ini bangga dengan kewujudan kita kerana ingatlah Allah swt sentiasa mahu menguji kita.
saudaraku,
hari ini aku bukan risau tentang orang kafir tetapi risau dengan orang yang menamakan mereka Islam...kerana sekarang ramai orang Islam sudah hilang pedoman hidup dan tidak hiraukan dengan agama yang mulia ini. risau dengan risalah atau suara2 yang membawa kita ke arah kecelakaan dan kemurkaan Allah swt. saudaraku, hari ini ramai orang yang mempunyai ilmu tetapi mereka sendiri menyeleweng ilmu tersebut. kenapa perlu jadi begitu?? kenapa jadi begitu sekali....aku masih berfikir lagi. kenapa tidak mereka amalkan ilmu yang tersebut dengan ikhlas kerana Allah swt.
saudaraku,
ingatlah dengan kata2 imam Ghazali,
...rugi sangatlah orang yang jahil melainkan orang yang berilmu,
...rugi sangatlah orang yang berilmu melainkan orang yang beramal dengan ilmunya,
...dan rugi sangatlah orang beramal dengan ilmunya melainkan orang yang ikhlas dalam amalannya...
semoga ilmuku yang sedikit ini menyedarkan saudara2 sekalian....

No comments: