WAH...ITULAH TAJUK FORUM DI MASJID AL-AZHAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) PADA 22 MEI 2009 BERSAMAAN 27 JAMADILAWAL 1430..
penceramah yang terlibat ialah Dr.Rubiah Hamzah Kulop dan Ust. Abu Hasan As-Syari...seronok dengar nasihat mereka sehinggakan aku rasa sekejap sangat masa berlalu..
mereka fokus kepada 'cemerlang remaja hari ini',
saudaraku,
kecemerlangan kita bukan terletak pada kejayaan keputusan kita hari ini tetapi kecemerlangan kita terdapat pada banyaknya kita ketahui ilmu itu dan mengamalkan ilmu tersebut. sebagaimana dr.Rubiah mengatakan cemerlang remaja adalah bahagianya mereka bersama Allah swt...beliau memberitahu lagi, pelajar cemerlang adalah pelajar yang belajar kerana Allah swt. belajar adalah suatu nikmat dan tiada istilah takut kegagalan kerana pelajar cemerlang menerima semua perkara dengan yakin Allah swt sentiasa bersama-samanya selalu...bukan sesetengah pelajar yang mendakwa mereka dekat dengan Allah swt ketika solat sahaja tapi bila tidak solat mereka tidak dekat Allah swt...pelajar cemerlang selalu dekat dengan Allah swt kerana jasad mereka selalu mahu berhubung dengan Allah swt tidak kira ketika mereka berasa susah mahupun senang. pelajar cemerlang juga suka berhubung dengan masyarakat dan tidak memandang serong terhadap masyarakat..."MASYARAKAT DEKAT DI HATI"...pelajar cemerlang juga menjadikan masyarakat senang di mata mereka dan mereka juga cantik di mata Allah swt...akhirnya cantik dan hebat di mata ibu bapa...
saudaraku,
untuk menjadi pengamal ilmu sentiasalah menjadikan ilmu itu sesuatu yang senang untuk diamalkan...jangan jadi ia satu bebanan yang berat kerana jika kita rasa sulit untuk melakukan sesuatu kita akan merasakan ia akan sulit juga...ilmu adalah untuk mencegah dari kelemahan hati, makanan bagi diri pula adalah hati...hati terdiri dari solat dan zikir kepada Allah swt...ingatlah ulama' mengatakan manusia ini ada 4 golongan iaitu :
1) kaya dunia, kaya akhirat
mereka yang kaya dunia dan kaya akhirat adalah hamba Allah swt yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah swt beri seperti sahabat2 nabi...
2) kaya dunia, miskin akhirat
mereka yang dari golongan ini adalah golongan yang melampaui batas kerana nabi saw bersabda,
"terdapat 2 kerakusan yang ada pada manusia iaitu kerakusan untuk mencari ilmu dan kerakusan mencari dunia..."
inilah hamba Allah swt yang amat2 rugi di akhirat kelak...
ya Allah, janganlah aku tergolong dengan golongan tersebut....amiin..
3)miskin dunia, kaya akhirat
mereka yang dari golongan ini amatlah hebat kerana mereka tidak pernah merasai sombong walaupun mereka miskin tetapi tetap yakin dengan janji2 Allah swt...semoga mereka yang dari golongan ini di masukkan ke syurga dengan aman...amiin. mereka dari golongan ini seperti Bilal bin Rabah...di seksa tetapi tetap taat kepada Allah swt. mereka ini sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan mereka.
4)miskin dunia, miskin akhirat
masyaAllah, mereka ini adalah manusia yang paling dan amat2 rugi hidup di dunia ini...dahlah tidak berjaya di dunia malah di akhirat pun tidak berjaya...ada juga manusia macam ni...ya Allah, janganlah aku tergolong dari manusia seperti ini...amiin..mereka ini terlalu sombong dengan Allah swt...segala-gala suruhan Allah swt tidak diendahkannya.
mereka mengupas persoalan seperti mengapa remaja bermasalah...
sebenarnya remaja adalah tunjang masa depan hari akan datang tetapi disebabkan remaja melakukan proses yang terlalu sukar untuk dilalui mereka ada yang terjerumus ke kancah maksiat dan ada ke lembah ketakwaan kepada Allah swt...proses untuk menjadikan remaja kepada dewasa itulah terlalu sukar kerana remaja lebih suka kepada keseronokkan...remaja terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui maka aku lebih suka mengatakan jadilah seperti nabi Yusuf as...remaja hari ini perlu diberi perhatian jangan sempitkan mereka dengan hiburan yang melampau. mereka perlu diberi perhatian bukan hinaan...
ingatlah, kita adalah umat yang terbaik...jadilah remaja dan masyarakat prihatin terhadap kehidupan hari ini...sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia.
mengapa ada ketidakadilan dalam kehidupan dan bagaimana untuk mencari teman yang terbaik...
ustaz Abu Hasan berkata terdapat 2 takdir :
1) takdir yang tidak boleh di ubah
2)takdir yang boleh berubah
takdir yang boleh berubah seperti usaha kita, rezeki kita- jika kita rajin kita akan dapat rezeki..
saudaraku,
orang yang tidak sanggup menerima ujian tidak akan berjaya dalam hidup...apa pun ujian perjuangan perlu diteruskan. ketidakadilan dalam kehidupan adalah salah satu ujian dari Allah swt, ini untuk menampilkan Allah swt itu Maha Pemurah kerana Dia sayang kepada hambaNya...
sahabat yang baik bila kita lihatnya kita rasa sayang dan rindu mahu bersama-sama dengannya...sahabat 2 yang baik sentiasa ingatkan diri kita kepada Allah swt dan bila kita lihat dirinya kita ingat kepada Allah swt...tapi ingatlah kata2 ini, sayang seseorang jangan lebih2 dan benci seseorang tinggallah 1 untuk menyayangi dirinya...bangunlah untuk bersama-sama mengharungi cabaran dan dekat dengan Allah swt.saudaraku, bumi ini hampar jika tidak berteraskan kepada Allah swt dan pandanglah positif kepada seseorang dan jangan menilai mereka dari segi luaran yang mereka ada tapi ingat kita hanyalah insan biasa yang perlukan kekuatan dari seorang teman yang berjiwa insan berwibawa...wahai saudaraku, bangunlah kekuatan untuk menjadi khalifah Allah swt yang sentiasa cinta dan rindu kerana Allah swt dan angkatlah jihad ini menjadi berlian suatu hari ini di mata Allah swt...INSYAALLAH..
No comments:
Post a Comment