Sunday, June 21, 2009

persahabatan itu suatu anugerah dari Allah



setiap manusia perlukan teman tetapi adakah semua itu yang terbaik??jadi persahabatan yang menjurus kepada Allah adalah yang terbaik kerana kita sama2 rindu dan cinta kepadaNya....kita saling mengingati antara satu sama lain dan susah senang bersama-sama...
sahabatku,
walaupun kita semua akan berpisah,ingatlah setiap kata2 indah dariku, kita insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan jadilah kelemahan kita itu satu sumber kekuatan untuk terus hidup...
sahabatku,
azlina(terengganu), kak wawa(selangor), kak anum(selangor), kak farah (johor),kak syazana(kuala lumpur), faezah(selangor) dan kak shera(selangor)...tak lupa juga yang mengambil gambar balqis(kuala lumpur)...
sahabatku,
keindahan bersahabat itu amat terasa bila diri ini mula menjejak kaki di kuis...indahnya bersahabat,susah dan senang bersama-sama...ana masih ingat lagi ketika berkenalan dengan kamu semua,kelakar dan boleh di buat novel...cerita yang lucu.
sahabatku,
janganlah kerana cintamu telah bersemi kita lupakan diri kita,ingatlah semua itu adalah anugerah Allah swt...wah,bermadah pula ana ni.andai kita masih ada jodoh pertemuan kita bukan berakhir di sini,pertemuan akan berterusan sampai akhir hayat,InsyaAllah...
sahabatku,
dunia ini penuh dengan ujian dan rintangan yang perlu kita hadapi,kita sudah penuhi dengan rindu kepadaNya...ingatlah hidup kita hanyalah sementara...
sahabatku,
jalan rindu kepada Allah adalah sentiasa mengingatiNya walau di mana kita berada...janganlah lupa Allah walaupun sesaat...inilah pesanku pada kamu semua...ketahuilah sahabatku,Allah Maha Mendengar...Maha Melihat...
sahabatku,
walau gembira mana pun kita,ingatlah kita akan melalui hari perpisahan...perpisahan ini akan membuat kita lupa pada diri kita sendiri dan lupa pada persahabatan ini...hanya persahabatan kerana Allah swt sahaja akan membuat kita mengingati di hari kelak...seperti persahabatan Rasulullah saw dengan para sahabatnya yang lain...
sahabatku,
saidina umar pernah berkata,
"aku rindu dan cinta pada sahabatku sehinggakan aku merasakan malam itu terlalu panjang untukku untuk bertemu dengan sahabat2ku.."
sahabatku,
adakah kita semua begitu?? fikir2 kanlah....
salam persahabatan dari ana,i miss u and luv u.....

No comments: