Tuesday, August 25, 2009

ANDAI KAU TAHU....

andai kau tahu,
buat pertama kali diriku ingin mengenalimu hatiku tertanya-tanya, benarkah perbuatanku ini...? kerana hanya ingin mengenali dirimu sedangkan kau tidak mengenali diriku. kau tahu, aku mengharap perkenalan ini dalam redha Ilahi kerana ku takut akan kemurkaanNya. hari-hari diriku berdoa, " Ya Allah, andai hambaMu ini benar, maka Engkau benarkan dan limpahkanlah rahmatMu pada kami supaya hubungan ini kerana cinta dan rindu kami kepadaMu, ya Allah..."

andai kau tahu,
tiada ucapan yang dapat ku gambarkan padamu, sahabat melainkan ucapan 'TERIMA KASIH' akan segala nasihat dan tarbiyah yang kau berikan padaku sepanjang perkenalan ini. akan ku jadikan ia sebagai taman bunga yang sedang mekar dan harum di saat taman yang lain mengharap bunganya juga mekar dan harum...

andai kau tahu,
kegembiraanku begitu terserlah bila kau memberitahu padaku sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku. semasa diriku berharap mengetahui kebenaran itu, kau hadir dengan seribu cerita sejuta rahsia...tidak dapat ku ungkapkan rasa bersyukur dalam hatiku hanya yang ku mampu adalah mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa atas kurniaanNya. walaupun perkenalan ini hanya seketika tetapi ia memberiku seribu erti buat diriku.

andai kau tahu,
akan ku doakan kebahagiaanmu di dunia mahupun di akhirat. ku doakan jua hari-hari yang bakal kau tempuhi dengan rasa tenang dan damai. sahabat, ku harap kau memahami apa yang diriku sampaikan. akhir bicara, terima kasih atas segala kata-kata semangat yang kau beri padaku, insan lemah serta hina ini...tiada apa yang ku dapat berikan hanya sekadar ketulusan doa untukmu, semoga kau bahagia selalu dan di rahmati olehNya.

dedikasi buatmu,sahabat...
dari insan yang lemah serta hina...sarah, tuesday~4 ramadhan 1430....
*terima kasih layanan yang baik dengan perangai ana yang memeningkan kepala..hehehehe..

No comments: