luluh hatiku yang sayu,
menatap wajahmu tenang dalam lena,
kasih zahirkan laku,
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya,
dan raut tuamu membekas jiwaku,
meredakan rindu mendamaikan kalbu,
tak mungkin ku temu iras sentuhanmu,
biarpun kuredah seluruh dunia,
mencari gantimu
betapa sukarnya menyusun bicara,
meluahkan rasa menuturkan sayang,
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
masih kubiarkan waktu,
melarikan lafaz kasihku padamu,
mengapakah sukarnya menyusun bicara,
meluahkan rasa menuturkan sayang,
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona,
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan tutur kata,
tiada lagi ertinya pengucapan,
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam,
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan...
andai setiap pengorbananmu itu sebagai barang hantaran akan ku jadikan hantaran itu sebuah mahligai yang indah...tetapi masihkah ada anak2mu yang sanggup buat begitu padamu,wahai ibu2...
bait2 seni kata lagu tersebut membuatkan diriku ini sedih kerana dirimu ibu memang senang untuk melafazkan kasih sayang pada anak2mu tetapi adakah anak2mu senang meluahkan rasa cintanya padamu..?
saudaraku,
selagi ibu dan bapa kita masih hidup,janganlah kau derhaka kepada mereka kerana tiada sentuhan yang amat bermakna dalam dunia ini selain mereka...tiada siapa yang dapat menggantikan mereka...luahkanlah rasa cintamu pada mereka selagi mereka ada di sisimu,janganlah kau simpan rasa kasih itu kerana sebuah kehilangan tidak bermakna lagi untukmu...
khas buat semua ibu dan bapa di dunia ini...
salam kasih dari diri yang hina serta lemah ini...
No comments:
Post a Comment