Sunday, March 1, 2009

~sekadar renungan....~



Saudaraku yang seagama denganku,
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup :
  1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  3. Barangsiapa suka duduk dengan sultan (pemerintah negara) , akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan (bukan muhrim), akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
  6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
  7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
  8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.
saudaraku,
marilah kita bersama-sama kembali kepada yang Esa..manusia yang taat kepada Allah swt sentiasa merasai dalam diri mereka banyak melakukan kesalahan dan dosa.Mereka sentiasa mahu berhijrah ke arah kebaikan tetapi setiap kali mreka berhijrah (meninggalkan dosa) setiap kali itulah mereka merasai terlalu banyak dosa yang mereka lakukan.Oleh itu, mereka sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt, tetapi bagaimana pula manusia yang ingkar kepada Allah swt...masyaAllah, mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang dilarang dan dalam hati mereka tidak ada sedikit untuk bertaubat ke jalan Allah swt..semoga Allah swt memberi hidayah dan keampunan kepada mereka.Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka mendapat hidayah.Sebagaimana firman Allah swt, maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(surah al-Baqarah, ayat :218)
Semoga orang-orang beriman sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah swt, InsyaAllah.
Abu Bakar ra berkata,
"Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah belakangmu,dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu, sedangkan Allah swt di atasmu.
sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,".....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya.."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuh, maka hilang syurga dari dirinya.Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah swt, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan ."
iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
(enam persimpangan yang dihadapi oleh manusia)

BERMACAM-MACAM KURNIAAN REZEKI


Allah kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk, antaranya :
  1. Ilmu yang luas dan bermanfaat (ilmu yang paling bernilai adalah yang dapat beri manfaat untuk dunia dan akhirat)


  2. Hidayah (hidayah atau petunjuk dari Allah dikurniakan kepada siapa saja di kalangan hamba-hamba yang dikehendakiNya.Dengan hidayah ini,seseorang dapat keluar dari kekufuran kepada iman, dari jahil kepada berilmu.


  3. Iman dan Islam (Nabi saw apabila dengar ada orang ucapkan 'Alhamdulillah', bersyukur kepada Allah atas nikmat Islam, baginda lalu bersabda ;"Sesungguhnya kamu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang sangat besar").


  4. Kefahaman dalam agama (Orang yang diberi kefahaman dalam agama amat beruntung kerana ia petanda Allah mahu dia jadi baik. semakin banyak dia belajar, bukan sahaja semakin berilmu tapi yang lebih penting semakin tinggi kefahamannya dalam agama. ini rezeki yang akan menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Sabda nabi saw :"Siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya maka Dia akan memberikannya kefahaman yang mendalam dalam urusan agama." (riwayat Bukhari dan Muslim) )


  5. Persekitaran yang baik (Kawasan kejiranan yang baik, teman sekerja dan sahabat-sahabat yang baiik serta lingkungan keluarga yang baik merupakan rezeki yang tidak ternilai kerana dari situ akan terasa kebahagiaan hidup.persekitaran yang baik ini juga mendorong seseorang itu mudah untuk buat baik dan mengumpul pahala untuk akhirat. )


  6. Dicukupkan keperluan (keperluan hidup yang mencukupi meliputi keperluan makan dan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dan sebagainya.kadang-kadang Allah cukupkan walaupun seseorang itu berpendapatan sederhana saja hingga dia boleh beribadah dan jalani kehidupan dengan tenang, tidak terganggu dengan masalah-masalah yang menyempitkan dada.Ada pula yang berpendapatan tinggi tapi Allah sempitkan keperluannya, kerana Allah mahu si hamba tidak bergantung dengan benda , sebaliknya bergantung kepada Allah semata-mata.bagi hamba yang Allah cukupkan keperluannya dan banyak harta, dia diberi rezeki untuk disyukuri dan dibahagi-bahagi.)