Tuesday, September 8, 2009

dari hati ke hati...

setiap pertemuan pasti menemui perpisahan, di saat2 perpisahan itu amat menyakitkan tapi di sini bukanlah mahu berkongsi tentang pertemuan dan perpisahan...ana mahu menyatakan mungkin ini kali terakhir ataupun untuk sem ini ana berkongsi cerita suka duka ana pada antum. akan datang tidak pasti lagi, bila lagi ana akan melakar episod yang lebih sensasi...hahaha...baiklah ana tidak mahu membuang masa, ana mahu meminta maaf pada antum andai segala yang ana tulis dan coret di dalam blog ini menguriskan perasaan antum dan juga menyebabkan antum rasa berdendam dengan ana atas penulisan ana ini...ana meminta maaf dari hujung tudung hingga hujung kain...maafkan kesilapan ana. untuk sahabat ana terutama insan yang baru mengenali ana, maafkan diri ini kerana ana tidaklah sebaik sahabat2 kalian yang lain ana insan hina...yang kadang2 mahu tempat untuk meluahkan perasaan...maafkan ana atas kesilapan ana dan harap dapat teruskan persahabatan yang ada.terima kasih kerana sudi melawat , membaca dan memberi komen di blog ana...ana amat hargainya.terima kasih juga kerana sudi menerima ana sebagai kawan kalian...kalian memang kawan yang baik ketika ana ada masalah kalian beri keceriaan pada diri ini. bagaimana ana mahu menyatakannya...sedangkan apa kalian beri pada ana amatlah bermakna..terima kasih kawanku. khas untuk sahabat2 ana, dari sem 1 sampai sem 3 ni...sentiasa bersama.ana bertuah ada kalian...kalian memang sahabat yang baik,selepas ini bila lagi dapat jumpa kalian...rindulah...sebulan lebih kita semua akan berpisah, harap jangan lupa melawat blog ana yang teruk ni...huhuhuhu...maafkan diri ini andai selama kita bersama ada yang membuat kalian benci dan terasa dengan kata2 ana...bukan ana mahu menyakitkan hati kalian tapi sedarlah sahabatku, ana mahu memberi kesedaran dan juga pada diri ana...ana tahu ana tidak layak berkata atau memberi nasihat tapi sedarlah setiap kata2 ana itu hanyalah untuk kebaikan diri kamu semua juga...maafkan ana, ana salah dan ana silap...istimewa buat adikku yang tercinta, maafkan kesilapan kakakmu ini...atas kata2 yang tidak sepatutnya ana buat dirimu terasa tersiksa...maafkan akak...maafkan...untuk yang tersayang, mama...mama maafkan sarah kerana sarah gagal jaga hajar dengan baik...maafkan sarah, sarah memang pentingkan diri sarah sendiri...maafkan sarah...maafkan sarah...akhir sekali untuk yang dikasihi my lecturers, maafkan sarah atas komitmen sarah yang buat diri kalian sakit hati ataupun terguris dengan perangai sarah...maafkan sarah...khas untukmu..ustaz izat, madam sri, puan haslina, puan norziah, puan zetty, ustzh zainora,puan azian, puan nor,en.azharuddin, en. mukiffun, ustazh hayati, miss hafizah, dan juga puan zainab...maafkan sarah...sarah sayang kalian...teruskan usaha kalian untuk mendidik anak bangsa...doakan kejayaan sarah...

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG AKAN MENJELMA
SALAM SAYANG DARI SARAH
DARI HATI KE HATI

Friday, September 4, 2009

UNTUKMU....WAHAI SAUDARAKU

saudaraku yang dikasihi...
tidak ada apa yang perlu ku ungkapkan di sini andai dikau terus dengan caramu,daku tahu dikau punya pelbagai alasan untuk diperkatakan tapi satu sahaja inginku katakan...jagalah tauhidmu di mana pun dikau berada...daku berharap dikau mengerti.wahai hati yang lembut, dikau insan yang penuh dengan keistimewaan...keistimewaanmu tidak ada padaku kerana itu dikau disayangi oleh semua insan disekelilingmu, daku masih ingat dahulu namamu sentiasa disebut-sebut oleh semua ahli keluarga tapi namaku,tidak...daku tidak sepertimu, daku insan yang hina sungguh hina...wahai kekasih jiwaku, dikau sungguh bertuah daku terlalu bangga dengan kejayaanmu selama ini tetapi hari ini...saat ini...dikau benar-benar mengecewakan diriku. adakah diriku yang salah..?
wahai saudaraku,
"...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...[surah an-nur:ayat 26]"...
daku tahu dikau dapat memikirkannya, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. bagaimana kita mahu mengupas ayat tersebut sedangkan kalam suci ini sangat indah kata-katanya...adakah dikau tidak mahu seperti itu..? wahai sayangku, memang hatimu lembut tetapi sulamilah hatimu itu dengan rasa ketuhanan...andai dikau sulaminya dengan rasa ketuhanan dikau akan merasakan susah mahu berpisah denganNya, berbanding cinta palsumu itu...daku merasainya selama ini kerana itu selama ini daku susah mahu melepasi cintaNya yang sudah sebati dalam jiwaku,daku takut untuk bercinta daku takut kehilangan cinta itu...
wahai jiwa yang indah, dikau tahu tidak apa yang dalam hatiku selama ini..?daku selalu berdoa bakal suamiku itu seperti diriku jua...cintanya hanya untuk Allah bukan nafsu semata-mata...daku selalu berdoa andai daku ada jodoh di dunia ini daku terima dia seadanya tetapi daku lebih menyukai jodohku di akhirat kelak kerana di sana cinta yang hakiki...kerana cinta yang dipilih oleh Allah untukku.
wahai saudaraku yang disayangi, dikau tahu tidak apa yang daku perjuangkan hari ini..?daku perjuangkan rasa ketuhanan dalam diri setiap wanita Islam kerana itu daku begitu ramai kenalan yang seperti dikau ketahui bukan kerana daku menyintainya tetapi mengenali mereka...hari ini tauhid yang di bawa oleh Rasulullah selama 13 tahun sudah dilupai dan daku mengharap apa yang di cita-cita akan menjadi kenyataan...mengenali manusia adalah hobiku...melihat dan mentafsir.
wahai cinta hatiku, daku harap dikau memahami apa yang daku sampaikan...dikau bacalah dan ingatlah jangan kerana perbuatanmu ini mendapat kemurkaan Ilahi...akhir bicara, sambutlah cintaku ini dengan rasa kenikmatan cinta Ilahi.

*p/s : andai dikau menyayangi si dia...sayangilah dia kerana Allah bukan kerana nafsumu yang 9 itu....dari insan yang hina...kakakmu...

Tuesday, September 1, 2009

KHAS BUATMU...

khas buatmu,adikku...janganlah kau berduka kerana cinta,lihatlah dunia luar yang hilang pedoman kerana cinta manusia yang tidak bernilai...kerana cinta manusia tiada arah tujuan...diriku amat memahami dirimu,adikku...kerana kau adalah sebahagian dalam jiwaku.adikku,kau pasti tidak mengetahui yang diriku amat sayang padamu dan terlalu risau dengan keadaan dirimu...janganlah beri keseksaan batinku dengan perasaan kau pada si dia yang bukan milikmu...adikku,andai kau mengetahui bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI,Dia tidak akan membiarkan dirimu keseorangan akan Dia jadikan kau wanita yang unggul dan wanita yang terbaik di kalangan wanita2 yg terbaik,jika kau lalui saat ini dengan yakin dengan ketentuanNya...diriku amat yakin kau dapat lepasi saat2 yang sukar ini...HATIMU MUNGKIN RAPUH,TERSIKSA RASA HINA DAN HATIMU ADALAH HATI SEORANG WANITA....ingatlah adikku,aku sentiasa berada di belakangmu...kesakitanmu amat ku rasai walau kau tidak menunjuknya tapi aku dapat rasainya.adikku,aku mahu lihat kau seperti dulu...kuat menghadapi dugaan,kuat kerana kau berpegang dengan cinta yang benar,cinta abadi yang sentiasa menunggumu untuk menjadi WANITA SOLEHAH...INGATLAH PESANKU,WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU LELAKI YANG BERIMAN...tidakkah kau mahu menjadi seperti itu..?diriku akui,bukan mudah untuk melupai di dia dan aku juga sukar melupainya kerana banyak yang kita lalui bersama dengannya...ingatlah itu hanyalah sementara bukan selama-lamanya...adikku,kenapa kau buat diriku begini..?pada siapa lagi ingin ku luahkan kesakitan jiwaku dengan perangaimu ini...?pada siapa lagi..?!!! andai kau tidak mahu lihat diriku tersiksa,kau ingatlah pesananku...aku tahu diriku tidak dapat berbuat apa-apa tapi ingatlah pesanku yang hina dan lemah ini...ADIKKU,ANDAI KAU TIDAK DAPAT MELUPAINYA JUGA AKU HARAP KAU BERDOALAH SI DIA MILIKMU DI AKHIRAT KELAK...MUNGKIN DIA BUKAN MILIKMU DI DUNIA INI...KERANA AKHIRAT ADALAH JANJI ALLAH YANG AMAT PASTI,DI SITULAH LETAKNYA CINTA SEJATI KITA...adikku,wanita amat lembut perasaannya...tapi jangan kau mengalah dengan perasaan itu kerana ia akan membawa kemurkaan Ilahi andai kau lupai CINTA SEJATI kau...ingatlah selalu ALLAH BERSAMAMU DI SAAT KAU SUSAH DAN KAU SENANG...aku doakan kau dapat yang lebih baik darinya...dia bukan mlikmu yang sejati adikku,aku tahu kita insan biasa....tetapi kita hidup di dunia ini bukan semata-mata cinta dunia ini,jangan kau lalai dan leka wahai adikku yang aku kasihi....jangan kau leka...aku yakin kau bersama pegangan yang benar...ANDAI AKU BERADA DI TEMPATMU AKU JUGA AKAN JADI SEPERTIMU...KERANA KITA ADALAH WANITA...CINTA WANITA AMAT HALUS BERBANDING LELAKI,CINTA WANITA TERLALU SUCI...PENUH DENGAN KASIH SAYANG PENUH DENGAN RINDU DENDAM...aku amat memahami dirimu,wahai adikku...tapi ingatlah JANJI ALLAH ITU PASTI...aku tidak mengharap kau hapuskan terus perasaan itu tetapi sekadar jadilah MUSLIMAH SEJATI...aku amat rindu dirimu yang dahulu...amat rindu!!!

dari kakakmu yang hina dan lemah ini....sarah...