Tuesday, August 25, 2009

ANDAI KAU TAHU....

andai kau tahu,
buat pertama kali diriku ingin mengenalimu hatiku tertanya-tanya, benarkah perbuatanku ini...? kerana hanya ingin mengenali dirimu sedangkan kau tidak mengenali diriku. kau tahu, aku mengharap perkenalan ini dalam redha Ilahi kerana ku takut akan kemurkaanNya. hari-hari diriku berdoa, " Ya Allah, andai hambaMu ini benar, maka Engkau benarkan dan limpahkanlah rahmatMu pada kami supaya hubungan ini kerana cinta dan rindu kami kepadaMu, ya Allah..."

andai kau tahu,
tiada ucapan yang dapat ku gambarkan padamu, sahabat melainkan ucapan 'TERIMA KASIH' akan segala nasihat dan tarbiyah yang kau berikan padaku sepanjang perkenalan ini. akan ku jadikan ia sebagai taman bunga yang sedang mekar dan harum di saat taman yang lain mengharap bunganya juga mekar dan harum...

andai kau tahu,
kegembiraanku begitu terserlah bila kau memberitahu padaku sesuatu yang amat bermakna dalam hidupku. semasa diriku berharap mengetahui kebenaran itu, kau hadir dengan seribu cerita sejuta rahsia...tidak dapat ku ungkapkan rasa bersyukur dalam hatiku hanya yang ku mampu adalah mengucapkan syukur pada Yang Maha Esa atas kurniaanNya. walaupun perkenalan ini hanya seketika tetapi ia memberiku seribu erti buat diriku.

andai kau tahu,
akan ku doakan kebahagiaanmu di dunia mahupun di akhirat. ku doakan jua hari-hari yang bakal kau tempuhi dengan rasa tenang dan damai. sahabat, ku harap kau memahami apa yang diriku sampaikan. akhir bicara, terima kasih atas segala kata-kata semangat yang kau beri padaku, insan lemah serta hina ini...tiada apa yang ku dapat berikan hanya sekadar ketulusan doa untukmu, semoga kau bahagia selalu dan di rahmati olehNya.

dedikasi buatmu,sahabat...
dari insan yang lemah serta hina...sarah, tuesday~4 ramadhan 1430....
*terima kasih layanan yang baik dengan perangai ana yang memeningkan kepala..hehehehe..

Monday, August 24, 2009

LAFAZ YANG TERSIMPAN....KHAS BUATMU,IBU

luluh hatiku yang sayu,
menatap wajahmu tenang dalam lena,
kasih zahirkan laku,
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya,

dan raut tuamu membekas jiwaku,
meredakan rindu mendamaikan kalbu,
tak mungkin ku temu iras sentuhanmu,
biarpun kuredah seluruh dunia,
mencari gantimu

betapa sukarnya menyusun bicara,
meluahkan rasa menuturkan sayang,
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

masih kubiarkan waktu,
melarikan lafaz kasihku padamu,

mengapakah sukarnya menyusun bicara,
meluahkan rasa menuturkan sayang,
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona,
jika hanya renungan mata yang bersuara
bukan tutur kata,

tiada lagi ertinya pengucapan,
andai akhir nafas di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam,
usah biar kehilangan
menggantikan lafaz yang tersimpan...

andai setiap pengorbananmu itu sebagai barang hantaran akan ku jadikan hantaran itu sebuah mahligai yang indah...tetapi masihkah ada anak2mu yang sanggup buat begitu padamu,wahai ibu2...
bait2 seni kata lagu tersebut membuatkan diriku ini sedih kerana dirimu ibu memang senang untuk melafazkan kasih sayang pada anak2mu tetapi adakah anak2mu senang meluahkan rasa cintanya padamu..?
saudaraku,
selagi ibu dan bapa kita masih hidup,janganlah kau derhaka kepada mereka kerana tiada sentuhan yang amat bermakna dalam dunia ini selain mereka...tiada siapa yang dapat menggantikan mereka...luahkanlah rasa cintamu pada mereka selagi mereka ada di sisimu,janganlah kau simpan rasa kasih itu kerana sebuah kehilangan tidak bermakna lagi untukmu...

khas buat semua ibu dan bapa di dunia ini...
salam kasih dari diri yang hina serta lemah ini...

Saturday, August 22, 2009

untukmu,rasulullah....

Cinta Pertama
Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

~ana merasai sesuatu luar biasa dengan lagu dan lirik seni musik ini...bagi ana ia terlalu istimewa...itu hanya pendapat ana...~
mari sama2 menghayati seni lagu tersebut....

*ana begitu teruja dengan lirik lagu tersebut....
(mekar di kamar hati cinta pertama)
bila hati telah berbunga menyatakan cinta...itulah sebaik-baiknya cinta...
di sini ana lebih suka menyatakan cinta Allah kepada kekasihnya..iaitu nabi Allah saw...
pernyataan cintaMu Allah kepada rasulullah telah mewujudkan alam ini...

(engkau ciptaan seni idaman kasih)
rasulullah adalah ciptaanNya yang hebat...kerana di situlah bermulanya cinta sejati..cinta abadi...cinta hakiki...tiada yang lebih hebat berbanding ciptaanMu, wahai Tuhanku...

(antara bibir tersiratnya pekerti)
pekertimu,rasulullah amat unik dan pekertimu adalah hasil didikkan MaulaMu yang engkau rindui...namamu sentiasa diucapkan oleh semua makhluk kerana engkau cinta yang agung....

(kelembutan yang mendamai jiwa)
ya rasulullah, engkau terlalu istimewa...kelembutanmu menjadi teladan setiap manusia dan engkau penggerak jiwa yang tenang...

(bermula kau di sini penentu bicara)
bermula kelahiranmu...ya rasulullah...kau di sambut dengan penuh kesyukuran...kejadianmu di sambut oleh setiap makhluk di langit dan di bumi...kau membawa tauhid yang benar...

(kalam kebenaran tiada berdusta)
kalam yang benar iaitu mukjizat yang agung diberi oleh kekasihMu...Qurannul karim...tiada kata yang hebat seperti kalammu,tiada berdusta seperti dirimu...

(dirimu berharga dari segala-galanya)
kekasih Allah...kau amat istimewa kerana kau adalah kekasih Allah..kekasih sekalian makhluk..dirimu sentiasa di sebut-sebut...tidak kira dahulu mahupun akhir zaman...semoga diriku adalah pengikutmu...

(bertahta keimanan untuk dipertahankan)
kau berjuang demi Islam..bagimu Islam adalah segala-galanya....keimananmu adalah permulaan rasa cintamu pada MaulaMu...kau pertahankan cinta sejati itu...

tiada cinta sehebat cinta dan kasih Allah...begitu indah begitu tenang....carilah cinta pertamamu dengan sebaik-baiknya....

Friday, August 21, 2009

CINTA ITU MILIK SIAPA..?

cinta itu milik siapa..?cinta adalah suatu yang amat halus Allah swt anugerahkan kepada makhlukNya yang bernama manusia...tetapi adakah kita memanfaatkan sebaik-baiknya perasaan itu..?sukar diperkatakan kerana hari ini ramai yang menyalah gunakan perasaan halus itu...dari cintalah kita merasai rindu dendam,asyik,kasih dan sayang...
kali ini ana mahu berkongsi cerita mengenai "hati seorang wanita"...hati wanita begitu halus,senang dipujuk senang dipermainkan...senang menerima susah melepaskan...tetapi kerana hatinya satu,yang satu itulah keindahan buat dirinya...baru-baru ni ana mendapat tahu sahabat ana,kawan baik ana sudah ada empunye...terkantoi pulak dengan ana,dia tidak menceritakan pada ana tapi dari gambaran yang ana rasa hatinya begitu ceria begitu gembira,ana pun bermain kata-kata dengan berputar belit soalan akhirnya dia mengaku...hebatkan hati wanita ini...senang untuk mengaku,jadi jika anda seorang lelaki yang benar2 hebat anda jangan mengecewakan perasaan mereka,mungkin mereka memerlukan sokongan ataupun nasihat..dari anda.

ikuti perbualan ana dengan sahabat ana...ana berbual dengannya melalui yahoo messeger(ym)...dah lama ana tak berjumpa dengannya,insyaAllah ada jodoh masa raye nnti...doakan...

aku (sarah): o0o...kantoi...huhuhu...org mane..?

myra :huhu...ala dah kantoi la pulak...org perak...tapi family dia stay kat selangor

aku (sarah):wah..hebat dah ada empunye upenye...tahniah..

myra :syukur...kerana Allah temukan dengan seorang insan...

selepas dia tukar topik lain...kami berbincang tentang assignmt,exam,holiday and byak lagi tapi krna ana jenis tak suka mengalah ana tukar topik lain cepat2...ana nak thu jugak cam mne mereka berkenalan...hahaha...jahatkan ana ni,dahlah degil and nakal....suka mengusik orang walaupun ana ni jenis pendiam...hahahaha...

aku (sarah):erm..berbalik ke cerita asal...satu universiti ke..?hahahaha

myra :hehehe...sarah ni...bru nak buka topik lain..

aku (sarah):erm..topik apa..?(ana sengaja usik dia)

myra :kami satu u..tapi dia dah bru abis blaja and dia sambung master kat korean..

aku (sarah):o0o...skrg kat korea la ni...alhamdulillah..baguslah...

myra :skrg dia kat sni...insyaAllah next week dia bertolak ke sana...ada konvokensyen...

aku (sarah):erm...kawan2 yang lain dah tahu...jumpa sekejap la ni...

myra :ya Allah,kawan2...tak thu lagi...a'ah jumpa sekejap ari tu time dia konvo...

aku (sarah):erm...mcam mne leh kenal...hahaha

myra :hehehe...ktorg bertemu dekat library...masa tu nak pinjam buku yang sama..so terjadilah pertemuan(wah,indahnya...ana fikir sapelah putera bertuah itu..?dan sapelah raja yang bakal ana miliki...)

aku (sarah):pertemuan itu satu kebetulan...

myra :tapi sarah myra sedey la...

aku (sarah):la..nape sedey pulak?sepatutnya gembira dan bersyukur...

myra :dlu mase dia ada kat sni dai selalu tegur myra klau mira buat silap..selalu tarbiyah kat myra...sekarang dah tak ada...tapi myra perlu fikir positif,dia pergi sana untuk masa hadapannya..so myra kena redha...sarah doakan hubungan kami dilindungi oleh Allah...(wah...terharu ana...sahabatku doaku untukmu sentiasa ku amiin...semoga kau berbahagia)

aku (sarah):doamu sentiasa ku amiin kan andai itu tidak membawa kemurkaanNya...yang penting doa kita sendiri...doalah dia milikmu setiap selepas solat doalah...

myra :yup..betul tu sarah..mudah-mudahan...andai dia tercipta untuk diri myra,myra terima dia seadanya andai dia bukan milik myra...myra redha segala ketentuan Nya...(sungguh indah kata2mu sahabat...)

aku (sarah):berdoalah banyak2 dan buat solat istikharah...

myra :akan myra selalu ingat...dan mohon petunjuk dari Allah swt...erm..sarah mcam mne pula..?

aku (sarah):kita mcam dulu..still single..tak ada orang minat kot..hahaha

myra :erm...krna setiap apa yang terjadi adalah dari ketentuanNya...suatu hari nanti pasti sarah bertemu juga..cuma Allah belum beri petunjuk je..belum tiba masanya...

sampai di situ je yang boleh ana ceritakan perbualan ana dengannya...yang seterusnya tidak boleh...sbbnya rahsia...kerana apa ana terfikir mahu memberitahu tentang perkara ini...kerana ana perlu katakan pada setiap lelaki..kami kaum hawa,mahukan nasihat dan bimbingan dari anda semua...memang kami adalah antara penghuni yang ramai di neraka tetapi bukan ke semua kami kerana jika kami orang2 beriman,kami doakan syurga adalah tujuan kami...

ramai kaum hawa di luar sana memerlukan bimbingan dari kalian kerana kami jarang ke majlis2 agama...kadang2 bila kami ke majlis2 agama...kami akan di fitnah malah menjadi perbualan orang...

saudaraku,
jika anda mengikuti perbualan ana dengan sahabat ana..anda semua mungkin teruja...akhir kata dari ana....
ana yang lemah serta hina ini mendoakan kalian berbahagia di bulan yang penuh kerahmatan ini...
salam ingatan tulus buatmu sahabat...

Tuesday, August 18, 2009

TIADA KEHIDUPAN YANG PASTI MELAINKAN AKHIRAT...

marilah kita memilih jalan yang lurus jalan kembali kepada Allah swt...jalan yang penuh kedamaian, jalan keasyikan, jalan kerinduan...itulah sebenar-benarnya cinta abadi...di bulan yang penuh kerahmatan ini ana mahu mengucapkan.."SELAMAT MENITIP HARI-HARI MENUJU ALLAH..."inilah bulan yang amat di tunggu2 oleh insan yang sentiasa melakukan amal ibadah kerana MaulaNya...

saudaraku yang dirahmati oleh Allah,
jadilah bulan ini bulan terakhir dalam hidup kita kerana kita belum tentu lagi akan hidup di hari kemudian, di hari akan datang...kerana semua ini dalam ilmu Allah...kita hanyalah manusia biasa, insan yang tiada apa2 keistimewaan..hebat kita kerana kasih sayang Allah...unggul dan cemerlang kita kerana kekuasaan Allah...

kita sering lupa dan alpa...
jadi, di bulan yang mulia ini bangkitlah di tilam keresahanmu supaya bulan ini bulan yang terakhir untuk kita berada di dunia ini...perbaikilah dirimu untuk kita merasai nikmat cinta dan kasih kepada Allah swt...hidupkan semangat supaya kita tidak gentar menghadapi liku2 yang akan datang dengan ucapan memuji pada ya Rabb..

kekasihku yang sentiasa diberkati oleh MaulaMu, Allah...
lihatlah dunia luar yang mengharap pertolongan dari MaulaMu...mereka tersempit dengan ujian dan kenikmatan...mereka ditindas kerana kezaliman yang semakin mengganas...mereka diseksa, dihukum dan di hina di saat kita menanggung kerahmatan dari Allah swt...jangan kita dan kamu tidak mempeduli nasib mereka,janganlah kita rasa kita selamat dari semua ini...berdoalah supaya Allah membantu mereka...

akhir kata dari insan yang hina serta lemah...
sambutlah tanganmu dengan rasa cinta dan rindu pada Allah swt...
salam mahabbah...

Saturday, August 15, 2009

ISLAM & mahasiswa HEBAT....

semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kerinduan....
itulah ana rasa setiap hari rindu dendam dan kasih...kali ana mahu berkongsi cerita mengenai ISLAM & MAHASISWA HEBAT...hebatkah mahasiswa hari..?ya,hebat sehinggakan ada yang melupakan tuntutan agama,sampai hilang pedoman dan sehinggakan menjatuhkan maruah sebagai MAHASISWA HEBAT.kemana maruah kalian semua..??kali ini ana mahu berkongsi cerita semalam, ana bersama sahabat2 ana ke themines...ana hanya ingin melihat kehidupan di luar yang di ura2 kan bahawa ramai pelajar2 ipt ke sana hanya untuk berseronok dengan pacarnya...sedangkan memang benar kata2 itu,ana belajar di kuis...erm..siapa tak kenal kuis,baik siasat sendiri..??ana mahu tumpukan kepada pelajar2 kuis,memang di sana sebagai SYURGA KASIH...wah,MAHASISWA HEBAT...sanggup mereka mengianati janji mereka kepada ibu bapa mereka,sanggup mereka mencalarkan maruah agama mereka dan sanggup mereka membuang sifat malu mereka yang ALLAH SWT berikan kepada mereka terutama kaum HAWA...hebat..MAHASISWA HEBAT...hebat...ana bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kerana anugerah yang kalian beri kepada ISLAM...
YA ALLAH, KAU BERILAH MEREKA HIDAYAH SUPAYA MEREKA SEDAR DENGAN PERBUATAN MEREKA...JANGAN KAU MEMATIKAN MEREKA DALAM KEADAAN YANG TIDAK BERTAUBAT KEPADA MU...YA ALLAH, JIKA KAU MAHU MEMATIKAN MEREKA, MATIKANLAH MEREKA DALAM KEREDHAAN MU...AMIIN.

Wednesday, August 12, 2009

kemana kita selepas ini...

assalamualaikum ya sahabat2ku....sudah lama ana tidak update blog ni...terasa rindu,cinta,kasih kepada sesiapa yang menyokong ana dari jauh dan mendoakan ana teruskan menerima kejayaan,ana ucapkan syukran.kali ini ana memilih untuk kita mengetahui "kemana kita selepas ini...".selama ana tidak menulis ni,ana melalui jalan-jalan yang indah,jalan-jalan yang ana rasa ana tenang,damai dan sukar untuk menggambarkan....penat diriku mengembara alam fana ini,berbagai-bagai dugaan ana tempuhi tapi masih lagi ana tidak mengerti apa maksud hidup ini..?dlam persatuan ana,ramai yang berkata..."kita sebagai hamba Allah,khalifah Allah dan daie..",terdetik kalbu ana bila mereka berkata begitu. jika kita hamba Allah, khalifah Allah dan daie,mengapa mereka masih lagi melakukan maksiat..?mengapa masih lagi dunia pilihan mereka..?tidakkah mereka sedar bahawa kata2 mereka itu suatu penipuan terhadap diri sendiri...ana mahu cari apa maksud di sebalik hamba Allah,khalifah Allah dan daie...tapi ana masih tidak menjumpai lagi tentang ini..rupa-rupanye ana masih belum kenal hakikat diri ana sendiri...?itulah ana cari selama ini.....
saudaraku yang ana kasihi,
ana terlalu rindu dan kasih pada kalian kerana hati ana telah di semai dengan perasaan yang amat luar biasa...ana mahu menceritakan sesuatu pada kalian...pada saat ana di uji oleh Allah, ana hanya ingat Allah, ana fikir biarlah ana di seksa di dunia jangan di seksa di akhirat nanti...ana yakin Islam mampu menaikkan kegemilangannya...jadi,marilah kita mengenal Allah melalui itu kita akan mengenal diri kita sendiri...
salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. adapun yang dimaksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT. mereka yang menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit,daging,tulang dan sebagainya adalah bukan kita yang mengenal dirinya sendiri...hakikat dirinya bukan tubuh badan tetapi hakikat sebenar adalah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT..."carilah dirimu di dalam diri..."itulah kata2 dari ulama tasauf,maksudnya menyuruh kita kenal hakikat diri iaitu roh atau jiwa...

wa'allahualam..