Tuesday, November 17, 2009

DIRIKU pencinta YANG HINA


wahai adikku, terima kasih atas kerisauanmu pada diriku. kerisauan akan kesihatanku...kerisauan akan kedegilanku...kerisauan akan perjalanan hidupku...bukan diriku tidak menjaga kesihatan...bukan diriku memaksa diriku memaksa jasadku...

adikku, terima kasih akan kasih sayang yang dikau hulurkan padaku...kerana kasih padamu kudoakan dikau bahagia dalam hidupmu...terima kasih akan makanan yang dikau beri padaku...walaupun sekadar bubur tetapi ia hadir dari Ilahi...

wahai adikku, hanya Allah lebih Mengetahui apa yang tersirat di sudut hatiku sekarang ini...seperti kukatakan bukan diriku tidak menjaga kesihatan tubuh badanku...kuhanya risau...risau bagaimana keadaan jasadku ketika menghadap Ilahi nanti...? andai diriku manjakan jasadku...adakah akan hadir bahagia di akhirat kelak..? wahai adikku, jangan dikau risau akan kedegilanku kerana Allah sentiasa bersama-samaku...degilku hanya sementara sahaja...degilku kerana rasa cinta padaNya dan menjadi sang PERINDU pada kekaksihNya.

wahai adikku, kumasih ingat pertemuan semalam dengan Ustaz Fairuz dan hari ini dengan Ustaz Mukti...pertemuan itu amat bermakna padaku...pertemuan itu membawa diriku menjadi SANG PENCINTA YANG HINA...DEMI AZAM yang tinggi, pertemuan itu membuah seribu kenangan sejuta azimat...pertanyaan demi pertanyaan...persoalan demi persoalan kutujukan pada mereka demi rasa sayang ku pada saudara seagama...oleh itu azimat yang dikeluarkan menjadi satu sudut hadiah dari Ilahi...alhamdulillah.

masih kuingat bicara Ustaz Fairuz padaku, " siti sarah, andai kamu berada di sebuah kampung yang penghuninya hanya golongan tua...kerana ceteknya ilmu agama mereka hanya mengamalkan bacaan surah Yaasin setiap Khamis malam Jumaat dan akhirnya menjadi tradisi di kampung itu. tetapi kamu lain, kamu menghidupkan bacaan al-Quran setiap hari malah Yaasin bukan untuk hari Khamis malam Jumaat sahaja tetapi ia amalan harianmu. tetapi perbuatanmu itu mengudang persepsi buruk oleh orang kampung...mereka mengatakan kamu sesat. siti sarah, jangan kamu berpaling dan lemah kerana kamu berada di pihak yang benar." kutanya hati apakah maksud ustaz akan kata-katanya. ustaz meneruskan bicaranya, " andai kamu menyintai Rasulullah saw hidupkanlah sunnah-sunnahnya...suburkanlah cintamu itu pada saudaramu...walaupun akan hadir pelbagai rintangan dan kritikan akan perbuatanmu itu...kerana itu ujian buatmu. jangan kamu peduli akan mereka kerana mereka tidak mengerti apa perjuanganmu."

sabda Rasulullah saw bermaksud :

" Barangsiapa yang menghidupkan sunnahKu maka ia telah mencintaiKu, Dan barangsiapa yang mencintaiKu maka ia akan bersamaKu di dalam syurga kelak."

saat ini barulah kumengerti akan maksud ustaz. terima kasih ustaz...terima kasih...wahai adikku,walaupun kesihatanku meragut jasadku tetapi kuharap hatiku masih subur dengan rasa cinta. adikku, siksanya menjadi sang pencinta yang hina...sunnah yang dibawa hanya separuh...di akhirat kelak adakah diri ini sebahagian dari ummatnya...?risau diriku....ya Allah...ya Rasulullah, bukan kucinta kerana hanya lisan yang petah...bukan kurindu dengan hanya lakaran yang indah tetapi cinta dan rinduku untuk membawa risalah perjuanganmu..inginku jadi sepertimu bila disakiti dirimu tersenyum...bila dihina dirimu beri kasih sayang...bila diuji dirimu menerimanya dengan baik...masyaAllah.

wahai adikku, ini wadah cintaku...kuharap dirimu jua begitu...dengan kasih sayang seluruh manusia akan bersatu...inilah perjuangan Rasulullah saw.akhir kalam, tiada azimat terbaik sebaik bicara yang penuh barakah...

dari hati ke hati, pencinta yang hina...


Sunday, November 15, 2009

FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR ISFEST 09




MARI KITA GEGAR PELAJAR ISLAM KE FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR ISFEST 09...MARILAH DATANG BERAMAI-RAMAI DAN MEMERIAHKAN FESTIVAL TERSEBUT...JOM GEGAR !!

PESONA CINTA


cinta..?apa itu cinta...? wahai saudaraku, cinta itu adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan " rindu ". sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya. mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.

wahai saudaraku, betapa siksanya jadi sang perindu yang sentiasa menanti kehadiran kekasih hatinya...betapa hebatnya cinta kerana sang kekasih memiliki yang dikasihi tetapi kerana yang dikasihi hilang dipandangan maka sang perindu menjelma...ya Allah, peritnya hati ini !! bagaimana rasanya...tetapi kerana yakin akan kehadiran sang kekasih maka biarlah rindu itu berterusan kerana suatu ketika nanti pasti segala-gala yang dinantikan akan dibalas jua. wahai saudaraku, kerana cinta segala-galanya akan kita lakukan untuk mencapai hajat memilikinya...begitu jua cinta kepada Allah dan Rasulullah. bagaimana cinta Allah kepada kekasihNya ( Muhammad SAW ) ? kerana pernyataan cinta Allah kepada kekasihNya maka jadilah alam ini...kerana cinta kekasih kepada kekasih maka tiada ungkapan untuk diluahkan...bagaimana cinta Rasulullah SAW pada kekasihnya ? kerana membalas cinta yang Mengasihinya maka dibalas dengan kesyukuran...subhanallah!!

jadi dimana letak cinta kita wahai sahabatku...? tiada kata untuk dilafazkan tiada bicara untuk disuarakan...kerana diri amat hina...bagaimana untuk diri mahu menyatakan rasa cinta ini..?

wahai saudaraku inginku kongsi sebuah cerita pada kalian...diceritakan bahawa Zun-nun al Masri ra ke Masjidil Haram. Dia melihat seorang pemuda telanjang jatuh sakit dan nampak sekali hatinya sedang meratap pedih. kemudian dia berkata, " aku mendekati pemuda itu, kuucapkan salam padanya lalu kutanya, " siapa engkau wahai pemuda ?" dia berkata, " aku ini orang asing sedang dirundung rindu." maka tahulah aku maksudnya. lalu aku berkata, " Aku juga sepertimu." kemudian dia menangis kerana tangisannya. dia bertanya, " apakah engkau nangis ?" Aku menjawab, " aku juga sepertimu." kemudian dia menangis lebih keras lagi, dia menjerit sehingga keluar rohnya. lalu aku selimutkan pakaianku kepadanya. dan aku keluar untuk mencari kain kafan. setelah aku mendapatnya aku kembali lagi. namun aku tidak menemui pemuda itu di tempatnya. maka aku berkata, " Maha Suci Allah." lalu aku mendengar suara Hatif berkata, " Wahai Zun-nun, sesungguhnya orang asing itu dicari syaitan tidak bertemu, dicari pemilik harta tidak ditemui, dicari keredhaan di Syurga pun tidak bertemu." kemudian aku bertanya, " di mana dia sekarang?" lalu kudengar suara Hatif berkata,

" Di Majlis ( tempat ) yang benar, di sisi Maharaja ( Allah ) yang Maha Kuasa."          ~ Qamar, ayat:55~

disebabkan kecintaan, ketaatan dan taubatnya.

setengah Masyaikh ada yang ditanya tentang Muhib ( 0rang menyintai Allah ). Maka dia menjawab, " iaitu sedikit bergaul, banyak menyendiri, selalu berfikir, banyak diam. Dia tidak melihat ketika memandang, tidak mendengar ketika dipanggil, tidak faham ketika diajak bicara serta tidak berduka bila ditimpa bencana. Bila dibentak tidak takut. Pendeknya dia selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya. Dia suka dan bermunajat kepadaNya serta tidak memperduli ahli dunia."

wahai saudaraku, cinta melakarkan segala-galanya...kerana cinta kita membuat apa sahaja yang disuruh oleh kekasih hati...kerana cinta kita mengharap akan ada balasannya...kerana cinta kita tidak akan membuat apa yang dibenci oleh kekasih hati...mengapa tidak kita melakukan ini untuk mencintai Allah..?mengapa ada persengketaan antara kita..? mengapa ada benci antara kita..?mengapa ada kecurangan antara kita..?sahabat yang disayangi, diriku hanya insan biasa...tetapi kerana ukhuwwah dan cintaku, walau seribu kritikan akan kuterima...

Abu Tawwab telah bersyair menyebutkan tanda seorang Muhib :

janganlah engkau tertipu

seorang kekasih punya tanda

punya hadiah untuk kekasihnya

pahit bala-Nya dirasa nikmat

diterima gembira apa pun yang Dia perbuat

tidak diberi pun tidak mengapa

kefakiran dianggap penghormatan sahaja

kau lihat keinginannya

hanyalah mentaati kekasihnya

kau lihat mukanya berseri

hanya si Dia yang ada di hati

Dia taat segala ucapan-Nya...

wahai saudaraku, kerana cinta juga kita sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasih hati walaupun pahit untuk dilalui...itulah kasih sayang. kasih sayang sang kekasih kepada kekasih...untuk mengenal erti seorang hamba kepada kekasih...suburkanlah hati kita dengan rasa cinta...kerana cinta kita dapat bersatu kembali...semoga Allah merahmati kalian...amiin.

dari hati ke hati, insan yang lemah.

Saturday, November 14, 2009

hati kasih


" hatiku berbicara hatimu bersuara,
bicaraku bukan untuk di banggakan, bicaraku umpama pelita
namun mengapa perlu bersengketa
untuk lestarikan sebuah cerita..."

teringat akanku sebuah kisah nabi Daud as dengan seelor ulat, " pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka berbisik hatinya: " apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?" maka dengan izin Allah ulat itu berbicara: " Wahai Nabi Allah ! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ' SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WALA-ILAHA ILLA ALLAH ' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkan agar membaca ' ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADINI NABIYYIL UMMIYYI WA'ALA ALIHI WASOHBIHI WA SALLAM ' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mendapat faedah daripadamu? " Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina ulat tersebut. Dia amat takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepadaNya.

wahai sahabatku, cerita tersebut sudah menggambarkan bahawa seluruh penduduk di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah dan berselawat kepada kekasih Allah swt. itulah kasih dan sayang mereka kepada Allah dan Rasulullah saw tetapi bagaimana kita? sahabatku, sering kali kita bertanya pada diri...kerana apa kita hidup di dunia ini ? hidup kita hari ini bukan hanya untuk beribadah tetapi sebagai hamba Allah...hamba yang bersyukur...hamba yang berkasih sayang...

wahai manusia ! sesungguhnya Allah menjadikan makhluk dengan 3 bahagian. Allah menciptakan MALAIKAT hanya diberikan akal tanpa syahwat. Dia menjadikan HAIWAN dibekali syahwat tanpa diberi akal. Namun dijadikan MANUSIA diberikan akal dan syahwat, jika manusia mengalahkan akalnya dan mengunakan nafsunya maka haiwan lebih baik untuknya tetapi andai manusia itu dapat menundukkan nafsunya dan menggunakan akalnya maka malaikat lebih baik untuknya.

kita sebenarnya telah mengalami suatu peperangan yang amat dahsyat iaitu HATI. sahabat-sahabatku, kerana hati kita bermusuhan kerana hati kita berkasih sayang...jika haiwan diberikan nafsu oleh Allah tetapi bertasbih kepadaNya dan juga mempunyai sifat kasih sayang maka apakah kita lebih teruk dari itu ?berfikirlah....

" berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah seribu tahun..."

dari hati ke hati, sahabatmu yang lemah.


Wednesday, November 11, 2009

DESTINASI METROPOLITAN



Menitis air mataku menyanyi sedu sedanku melihat keagunganMu...

di tepian tasek yang indah kuluahkan cerita hati...

persoalan demi persoalan ku monolog bersendirian...

ya Allah, mengapa ini yang terjadi?

tanpa disedari kulangkah destinasi ke kota metropolitan...

kucari jawapan segala persoalan...

kubawa diri untuk seribu pertanyaan...

masihkah ada hari ESOK ?

sedih, pilu, kecewa, benci, lara...bercampur tanpa had...

ku monolog sekali lagi...

mengapa begini?

kesibukan metropolitan menjadi diriku sunyi dan sepi...

tiada jawapan yang pasti...

langkah demi langkah tanpa memandang ke belakang...

adakah masih ada lagi jalan penyelesaiannya...?

tanpa kasih sayang manusia hilang pertimbangan...

terfikirku kesibukan itu membawaku pergi jauh...

andai segala kesibukan itu dipenuhi dengan kasih sayang...

pasti manusia memelihara sebuah destinasi perhubungan yang dijalin...

masih kucari jawapan yang pasti..?

DESTINASI METROPOLITAN

tiada jawapan yang pasti...

destinasi hanya tinggal destinasi...manusia tiada lagi menilainya...

kesibukan dunia menjadi manusia hilang HAKIKAT KASIH SAYANG

bagaimanakah nanti menghadapi kesibukan yaumul qiyaamah...?

tidak dapatku langkau perjalanan itu...

kufikir lagi...adakah diriku pengikutnya...?

PENGIKUT KEKASIHMU YA RABB...

SEDANGKAN DIRI DISALUTI DOSA-DOSA...

AMPUNKANLAH HAMBAMU INI YA TUHANKU...

HAMBAMU INI BERDOSA TIDAK MENGERTI ERTI SEORANG HAMBA...

MASIH ADA LAGI KESERONOKAN DUNIAWI...

YA ALLAH, JANGAN ENGKAU HILANG DARI PANDANGAN HATIKU...

SUNYI DIRIKU TANPAMU...

YANG PASTI...

HATIKU MILIKMU YANG RABBI...

Tuesday, November 10, 2009

ukhuwah itu indah


ya Allah, kami mohon pertolonganMu...
suburkanlah kasih sayang antara kami umat ISLAM..
kami rindukan saat di zaman Rasulullah SAW
ya Allah,
andai perjuanganku sedikit...
ku harap ada saudaraku yang membawa perjuangan sepertiku..
jangan Kau biarkan kami bersengketa...
sedangkan musuh2 kami bertepuk tangan mengharap kekalahan...

Sunday, November 8, 2009

HADIAH DARI ILAHI

Wahai saudara-saudara seagama denganku, kamu semua adalah mutiara cintaku...ku menyintaimu sebagaimana ku menyintai diriku sendiri...kerana cinta ku lakarkan kecintaanku...kerana cinta ku coretkan kerinduanku...kerana cinta ku sebarkan semangat juangku.

wahai kekasih-keksaih hatiku, lihatlah ke dalam sudut hatimu...bukti cinta Allah SWT padamu...perhatikanlah dan fikirkanlah. jangan kamu lalai leka kerana hidup di dunia ini hanyalah seketika.

Andai kamu risau, gelisah, sedih, pilu, kecewa kerana dosa-dosamu kembalilah kepada yang hak. Allah SWT jua tempat kembali kerana Dia amat menyintaimu...Dia sentiasa menanti rintihan, pengaduan, luahan dari hambaNya. sifat seorang hamba adalah faqir, lemah dan hina...jangan kamu kembali pada yang bukan hak...jangan berlaku syirik padaNya.

wahai jiwa-jiwa yang lembut, alam yang luas terbentang menceritakan seribu kisah sejuta keajaiban...perhatikanlah kejadian langit dan bumi dengan segala isinya yang penuh dengan hikmah kehidupan. semuanya patuh dan taat sesuai dengan sunnatullah, sesuai dengan cara dan tujuan masing-masing. Bahkan gugurnya sehelai daun dan jatuh menyembah bumi semuanya berlaku atas perintah dari penciptanya.

lihatlah bagaimana seekor ulat yang menyusur dari daun ke daun merasa puas dengan badannya yang lemah tidak bertulang...dapat hidup bergerak, makan, minum serta mengembangkan keturunan berkat adanya nikmat Allah kepadanya...fikirkan pula bagaimana seekor gajah yang besar dan kuat merasa puas dengan badannya yang demikian...dapat bergerak dengan bebas di hutan-hutan. itupun berkat rahmat Allah yang diberikan kepadanya lalu iapun bertasbih memuji Allah.

perhatikan pula di langit, burung-burung berasa gembira dengan adanya sayap yang diberikan oleh Allah kepadanya sehingga ia dapat terbang di alam bebas, dari bukit ke bukit serta dari pohon ke pohon. Begitu juga ikan yang ada di dalam laut merasa puas dengan insang yang dianugerahkan Allah kepadanya, sehingga ia dapat berenang dengan bebas di celah-celah karang yang indah. semuanya merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nuur, ayat 41 maksudnya :

" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah kepadaNya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembang sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

jika seluruh makhluk yang ada di alam ini merasa bersyukur terhadap pemberian Allah terhadap mereka, maka bagaimana pula kita ?bersyukurlah wahai jiwa yang tenang...bersyukurlah...kita semua dijadikan penuh dengan kesempurnaan...bagaimana setiap saat kita bernafas? bagaimana setiap waktu kita bergerak? bagaimana setiap minit kita dapat melihat? ini semua HADIAH DARI ILAHI. Dia mengatur segala yang di langit dan di bumi...bersyukurlah.

wahai saudaraku...apa yang perlu kita lakukan untuk membalas kasih sayang Allah pada kita adalah dengan bersyukur dan cintailah Allah melebihi segalanya...pesanan untuk kalian adalah untuk diriku juga. ucaplah syukur kepadaNya...kerana Dia kita dapat hidup sehingga ke hari ini...syukurlah...syukur dengan erti tidak melihat selain Allah SWT...ku lakarkan nukilanku kerana cinta...cinta melakarkan segala-galanya...

kalam akhirku...SEMARAKKAN KASIH TANDA CINTAKU, JALINKAN UKHUWAH SESAMA KITA.

dari hati ke hati, insan yang lemah....

Tuesday, November 3, 2009

cahaya cinta dari saad








Saat ini diriku amat bersyukur kerna permintaanku dimakbulkan olehNya...syukur...syukur...walaupun seketika cuma tapi amat bermakna bagiku...kata sahabatku, seketika itu adalah penantian untuk selamanya...mungkin benar mungkin ya...ya Allah, Engkau amat menyintai hambaMu...bagaimana inginku balas cintaMu?...saudaraku, inginku kongsi kisah mengenai sahabat nabi saw, SAAD BIN MUADZ...sungguh indah kisahnya. 

SAAD seorang sahabat nabi yang berkulit gelap...masuk Islam ketika umurnya 31 tahun dan wafat ketika umurnya 37 tahun...hebatnya sahabat nabi ini kerna dirinya amat bersyukur akan ciptaan Allah padanya....suatu ketika, hatinya teringin untuk berumah tangga tetapi malangnya kerna keadaannya begitu setiap pinangannya di tolak...kesedihan itu dia cerita pada Rasulullah SAW...dia memberitahu akan keinginannya pada Rasulullah SAW.....Rasulullah SAW amat memahami kehendaknya maka Rasulullah SAW memberitahu padanya pergilah ke sebuah kampung di mana di sana ada sebuah keluarga yang hanya tinggal anak beranak yang beriman...Rasulullah SAW menyuruh SAAD pergi memberi khabar gembira pada keluarga tersebut...SAAD gembira tetapi dia risau dengan keadaannya yang demikian tetapi kerisauan itu hanya seketika kerna Rasulullah MENJAMIN PERMINTAANNYA AKAN TERTUNAI...mendengar SAAD akan jaminan dari Rasulullah itu, hatinya tenang semula...dia pergilah dengan hati yang berbunga-bunga...sampai di sana, SAAD pun memberitahu hajatnya tetapi sangkaannya benar kerna si ayah menolak pinangannya....sungguh sedih hati SAAD ketika itu...dia pun pulang membawa khabaran yang mendukacitakan....ketika SAAD dalam perjalanan, anak lelaki itu keluar dari rumahnya, bertanya pada ayahnya..."ayah, mengapa ayah menolak pinangan SAAD?"...kata ayahnya, "dia tidak layak untukmu, kamu cantik tetapi lihatlah dirinya..."...kata anaknya, "ayahku, walaupun dia kelihatan begitu tetapi dia meminangku atas jaminan Rasulullah padanya...Rasulullah memberi jaminan maka dia adalah antara orang2 yang beriman dan soleh, adakah ayah tidak mempercayai Rasulullah?"...terpegun dengan kata anaknya itu, dia pergi mencari SAAD tetapi malangnya SAAD telah sampai ke rumah Rasulullah...maka  dia pun pergi ke rumah Rasulullah memberitahu hajatnya, saat itu SAAD begitu gembira kerana kegembiraan itu SAAD lupa akan mas kawin...Rasulullah menyuruhnya pergi berjumpa ABDURRAHMAN BIN AUF dan SAIDINA UTHMAN, maka setelah mendapat wang untuk mas kawin SAAD terdengar akan seruan jihad...padahal dia mahu berkawin tetapi kerna cintanya pada Allah melebihi segala-galanya wang itu dia beli pakaian untuk berperang...ketika berperang SAAD adalah salah seorang sahabat nabi yang terkorban....WAFATNYA SAAD BIN MUADZ DITANGISI OLEH PENDUDUK LANGIT DAN BUMI...SEGALA MALAIKAT DI LANGIT DAN DI BUMI MENANGISI PEMERGIANNYA DAN BERGEGARNYA ARASY ALLAH....lihatlah hebatnya cinta dan ertinya syukur...

saudaraku, adakah layak kita semua jadi seperti SAAD BIN MUADZ? walaupun seketika hidupnya bersama Islam tetapi seketika itulah penantian yang selamanya....bersyukurlah keadaan kita hari ini...bersyukurlah akan nikmat Allah SWT beri pada kita selama ini...kita hanya perlu buktikan cinta kita untukNya...bagaimana mahu buktikannya??...dengan bersyukur kepadaNya dan janganlah mencari selain dari Allah....bersyukur....bersyukur....diriku juga amat bersyukur dengan perubahan sahabat2ku...ya Allah, Engkau dengar suaraku...sedih hati ini melihat perubahan mereka...lemah jiwa ini melihat keagunganMu...perubahan itu amat bermakna bagiku...sahabat2ku jadilah muslimah sejati...."SEKETIKA ITU ADALAH PENANTIAN YANG SELAMANYA"...


 dari hati ke hati, insan yang lemah dan hina....