Tuesday, January 20, 2009

gadis bertudung??


salam ukhuwah...
semakin lama dunia semakin tua..umur kita semua pun semakin meningkat....
tapi...amal semakin berkurang,kenapa???
sepatutnya amal semakin bertambah...
terutama golongan hawa...
erm..susah sangat ke nak melaksanakan perintah Allah swt...
kadang2 tu terfikir seketika..
ada sesetengah orang berkata "ala,orang yang bertudung ada buat perkara maksiat juga..lagi ramai daripada orang tak bertudung...
baik aku tak payah bertudung lagi bagus tak buat maksiat pun..."
ada juga yang berkata begini,"orang pakai tudung labuh tu lagi teruk daripada orang yang memakai tudung singkat..."
Ya Allah,kenapa terlalu singkat sangat fikiran kita bila berkata begitu...
kita jangan bezakan seseorang itu dengan pemakaiannya,kita lihat orang itu dengan hati dan niatnya bila memakai tudung...
ada sebuah dialog yang saya ingin kongsi bersama tentang pemakai tudung,di mana gadis tersebut tidak suka memakai tudung dan akhirnya dia memakai tudung hingga akhir hayatnya...

annisa : aku hairan wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik...wajah mak cik sangat muda dan cantik."

mak cik : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikkan itu datang dari lubuk hati.

annisa : tapi mak cikkan dah ada anak enam orang..tapi masih kelihatan cantik??

mak cik : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah swt.Dan bila Allah swt berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya??

annisa : mak cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana??

mak cik : Annisa, sesungguhnya Allah swt menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita...

annisa : tapi saya tengok banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

mak cik : tudung hanyalah kain tapi hakikatnya atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...?

annisa : apakah hakikat tudung??

mak cik : hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin,lindungi mata kamu dari memandanag lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah swt., lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah swt, bila kamu sudah biasa maka tudung yang kamu pakai menyinari hati kamu..itulah hakikat tudung...

saudara yang seagama denganku...itulah hakikat tudung dan marilah kita bersama memakai dengan sifat dan hati yang terbuka...tetapkan niat di hati...dari saya saudaramu...


Sunday, January 18, 2009

DOA RABITAH

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMu
hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahMu
hati ini telah mengikat setia
untuk berdaulat untuk mendokong syariatMu
di alam maya
maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada2x
kekalkan kemesraan yang ada
tunjukkanlah jalan yang benar
suluhkanlah dengan cahayaMu
tiada malap terangi alamMu
hidup
suburkanlah dengan makrifahMu
tapi jika ingin mematikannya matikanlah sebagai syuhada'...
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia....
amiin..

Saturday, January 17, 2009

green my life

assalamualaikum
hari ni aku mula membuat blog
erm....greenwhiterose....
adalah satu nama yang amat unik bagiku
kenapa ya???
first,pada 5 Januari 2009M / 8 Muharram 1430H
hari tu lecture psikologi aku buat test personaliti tentang warna
dia bagi dalam 100 soalan
ada 4 warna iaitu emas,hijau,biru dan jingga
bila aku buat test tu...aku dapat warna hijau
erm,lecture aku kata hijau tu personalitinya suka benda-benda yang berilmiah
aku memang suka bahan-bahan yang berilmiah...
lagi satu sejak akhir-akhir ni..
aku suka warna hijau dan putih
sebab....
Rasulullah saw suka warna hijau,putih dan hitam...
dulu aku suka warna merah tapi merah cepat merangsang emosi
menjadikan emosi aku tak menentu macam cepat marah..
betul...jangan pilih warna merah tapi kalau dah suka tak pelah...
"rose" pula sebab aku memang suka bunga rose
rose putih cantik sangat....
cuba anda semua perhatikan rose putih...mesti tenang jer...
hidup kita semua ni di penuhi dengan warna hijau...
itulah alam ciptaan Ilahi
hargailah ia kerana ia ciptaan yang menakjubkan..
subhanallah....
selamat membaca
salam ukhuwah dari greenwhiterose....