"ANGKATLAH JIHAD INI SUPAYA KITA SEMUA MENDENGAR SUARA2 KEBANGKITAN UMAT".........
Tuesday, September 8, 2009
dari hati ke hati...
Saturday, August 15, 2009
ISLAM & mahasiswa HEBAT....
itulah ana rasa setiap hari rindu dendam dan kasih...kali ana mahu berkongsi cerita mengenai ISLAM & MAHASISWA HEBAT...hebatkah mahasiswa hari..?ya,hebat sehinggakan ada yang melupakan tuntutan agama,sampai hilang pedoman dan sehinggakan menjatuhkan maruah sebagai MAHASISWA HEBAT.kemana maruah kalian semua..??kali ini ana mahu berkongsi cerita semalam, ana bersama sahabat2 ana ke themines...ana hanya ingin melihat kehidupan di luar yang di ura2 kan bahawa ramai pelajar2 ipt ke sana hanya untuk berseronok dengan pacarnya...sedangkan memang benar kata2 itu,ana belajar di kuis...erm..siapa tak kenal kuis,baik siasat sendiri..??ana mahu tumpukan kepada pelajar2 kuis,memang di sana sebagai SYURGA KASIH...wah,MAHASISWA HEBAT...sanggup mereka mengianati janji mereka kepada ibu bapa mereka,sanggup mereka mencalarkan maruah agama mereka dan sanggup mereka membuang sifat malu mereka yang ALLAH SWT berikan kepada mereka terutama kaum HAWA...hebat..MAHASISWA HEBAT...hebat...ana bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kerana anugerah yang kalian beri kepada ISLAM...
YA ALLAH, KAU BERILAH MEREKA HIDAYAH SUPAYA MEREKA SEDAR DENGAN PERBUATAN MEREKA...JANGAN KAU MEMATIKAN MEREKA DALAM KEADAAN YANG TIDAK BERTAUBAT KEPADA MU...YA ALLAH, JIKA KAU MAHU MEMATIKAN MEREKA, MATIKANLAH MEREKA DALAM KEREDHAAN MU...AMIIN.
Sunday, May 24, 2009
ISLAM MENJANA KECEMERLANGAN MAHASISWA
penceramah yang terlibat ialah Dr.Rubiah Hamzah Kulop dan Ust. Abu Hasan As-Syari...seronok dengar nasihat mereka sehinggakan aku rasa sekejap sangat masa berlalu..
mereka fokus kepada 'cemerlang remaja hari ini',
saudaraku,
kecemerlangan kita bukan terletak pada kejayaan keputusan kita hari ini tetapi kecemerlangan kita terdapat pada banyaknya kita ketahui ilmu itu dan mengamalkan ilmu tersebut. sebagaimana dr.Rubiah mengatakan cemerlang remaja adalah bahagianya mereka bersama Allah swt...beliau memberitahu lagi, pelajar cemerlang adalah pelajar yang belajar kerana Allah swt. belajar adalah suatu nikmat dan tiada istilah takut kegagalan kerana pelajar cemerlang menerima semua perkara dengan yakin Allah swt sentiasa bersama-samanya selalu...bukan sesetengah pelajar yang mendakwa mereka dekat dengan Allah swt ketika solat sahaja tapi bila tidak solat mereka tidak dekat Allah swt...pelajar cemerlang selalu dekat dengan Allah swt kerana jasad mereka selalu mahu berhubung dengan Allah swt tidak kira ketika mereka berasa susah mahupun senang. pelajar cemerlang juga suka berhubung dengan masyarakat dan tidak memandang serong terhadap masyarakat..."MASYARAKAT DEKAT DI HATI"...pelajar cemerlang juga menjadikan masyarakat senang di mata mereka dan mereka juga cantik di mata Allah swt...akhirnya cantik dan hebat di mata ibu bapa...
saudaraku,
untuk menjadi pengamal ilmu sentiasalah menjadikan ilmu itu sesuatu yang senang untuk diamalkan...jangan jadi ia satu bebanan yang berat kerana jika kita rasa sulit untuk melakukan sesuatu kita akan merasakan ia akan sulit juga...ilmu adalah untuk mencegah dari kelemahan hati, makanan bagi diri pula adalah hati...hati terdiri dari solat dan zikir kepada Allah swt...ingatlah ulama' mengatakan manusia ini ada 4 golongan iaitu :
1) kaya dunia, kaya akhirat
mereka yang kaya dunia dan kaya akhirat adalah hamba Allah swt yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah swt beri seperti sahabat2 nabi...
2) kaya dunia, miskin akhirat
mereka yang dari golongan ini adalah golongan yang melampaui batas kerana nabi saw bersabda,
"terdapat 2 kerakusan yang ada pada manusia iaitu kerakusan untuk mencari ilmu dan kerakusan mencari dunia..."
inilah hamba Allah swt yang amat2 rugi di akhirat kelak...
ya Allah, janganlah aku tergolong dengan golongan tersebut....amiin..
3)miskin dunia, kaya akhirat
mereka yang dari golongan ini amatlah hebat kerana mereka tidak pernah merasai sombong walaupun mereka miskin tetapi tetap yakin dengan janji2 Allah swt...semoga mereka yang dari golongan ini di masukkan ke syurga dengan aman...amiin. mereka dari golongan ini seperti Bilal bin Rabah...di seksa tetapi tetap taat kepada Allah swt. mereka ini sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan mereka.
4)miskin dunia, miskin akhirat
masyaAllah, mereka ini adalah manusia yang paling dan amat2 rugi hidup di dunia ini...dahlah tidak berjaya di dunia malah di akhirat pun tidak berjaya...ada juga manusia macam ni...ya Allah, janganlah aku tergolong dari manusia seperti ini...amiin..mereka ini terlalu sombong dengan Allah swt...segala-gala suruhan Allah swt tidak diendahkannya.
mereka mengupas persoalan seperti mengapa remaja bermasalah...
sebenarnya remaja adalah tunjang masa depan hari akan datang tetapi disebabkan remaja melakukan proses yang terlalu sukar untuk dilalui mereka ada yang terjerumus ke kancah maksiat dan ada ke lembah ketakwaan kepada Allah swt...proses untuk menjadikan remaja kepada dewasa itulah terlalu sukar kerana remaja lebih suka kepada keseronokkan...remaja terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui maka aku lebih suka mengatakan jadilah seperti nabi Yusuf as...remaja hari ini perlu diberi perhatian jangan sempitkan mereka dengan hiburan yang melampau. mereka perlu diberi perhatian bukan hinaan...
ingatlah, kita adalah umat yang terbaik...jadilah remaja dan masyarakat prihatin terhadap kehidupan hari ini...sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia.
mengapa ada ketidakadilan dalam kehidupan dan bagaimana untuk mencari teman yang terbaik...
ustaz Abu Hasan berkata terdapat 2 takdir :
1) takdir yang tidak boleh di ubah
2)takdir yang boleh berubah
takdir yang boleh berubah seperti usaha kita, rezeki kita- jika kita rajin kita akan dapat rezeki..
saudaraku,
orang yang tidak sanggup menerima ujian tidak akan berjaya dalam hidup...apa pun ujian perjuangan perlu diteruskan. ketidakadilan dalam kehidupan adalah salah satu ujian dari Allah swt, ini untuk menampilkan Allah swt itu Maha Pemurah kerana Dia sayang kepada hambaNya...
sahabat yang baik bila kita lihatnya kita rasa sayang dan rindu mahu bersama-sama dengannya...sahabat 2 yang baik sentiasa ingatkan diri kita kepada Allah swt dan bila kita lihat dirinya kita ingat kepada Allah swt...tapi ingatlah kata2 ini, sayang seseorang jangan lebih2 dan benci seseorang tinggallah 1 untuk menyayangi dirinya...bangunlah untuk bersama-sama mengharungi cabaran dan dekat dengan Allah swt.saudaraku, bumi ini hampar jika tidak berteraskan kepada Allah swt dan pandanglah positif kepada seseorang dan jangan menilai mereka dari segi luaran yang mereka ada tapi ingat kita hanyalah insan biasa yang perlukan kekuatan dari seorang teman yang berjiwa insan berwibawa...wahai saudaraku, bangunlah kekuatan untuk menjadi khalifah Allah swt yang sentiasa cinta dan rindu kerana Allah swt dan angkatlah jihad ini menjadi berlian suatu hari ini di mata Allah swt...INSYAALLAH..
Sunday, May 17, 2009
musim baru,sem baru

lihatlah kaabah itu, ada ketenangan di situ...bila hati terpaut dengan kerinduan Ilahi, jiwa memberontak mahu bersama dengan Maha Esa sentiasa. hati ini tertanya-tanya adakah masih ada insan yang akan membangkitkan jiwa2 yang semakin lemah...hari ini ramai orang pandai bersuara tetapi tidak ramai yang mengamalkan apa yang dicakap, diberitahu dan disuarakannya...itulah kelemahan manusia akhir zaman. cinta bagi mereka lebih kepada cinta duniawi walaupun mereka diiktiraf sebagai ustaz, ustazah,doktor,pensyarah n byak lagi...marilah kita bersama-sama berjuang untuk bangkit dari jiwa yang kotor...bukan mahu mengkritik tetapi sebagaimana sabda Rasulullah saw,"bila dekat hari kiamat Allah SWT akan mengangkat ilmu dan maknanya di muka bumi." sedarlah saudaraku, hal ini sudah terjadi sepertimna sabda Rasulullah saw....ramai manusia lebih memilih ilmu duniawi daripada ukhrawi...jika ada hanya segelintir sahaja yang mengamalkan ilmu agama itu....di mana silap kita sehingga perkara ini terjadi, adakah kita semakin bangga dengan apa yang kita miliki...INGATLAH SAUDARAKU, segala-gala yang ada di bumi dan di langit bukanlah milik kita tetapi itu semua milik yang MAHA ESA DAN MAHA BERKUASA...
Monday, February 16, 2009
alamak!!!exam datang lagi...ape nak buat??
pada 13 feb 2009 aku balik kampung..rindu sesangat kat mama dan adik2..
lepas ni InsyaAllah ade rezeki dapat keje kat kajang...InsyaAllah.
aku tengah pening ni,adakah result aku akan merosot??
result sem lepas,Alhamdulillah...itu semua berkat usaha dan kekuasaan Allah.
thankz Allah swt..
Ya Allah bantulah aku ini,hamba yang lemah dan kuatkanlah semangat dan ingatanku..Ya Allah..
aku hendak naikkan pointer walaupun pointer yang lepas memberi kepuasan tetapi takkan setakat itu jer....
aku perlu teruskan usaha dan doa...
mula exam 17 feb 2009...
mama,sarah takkan sia-siakan doa yang mama pohon pada Allah swt..
InsyaAllah berkat doa mama,sarah akan terus berjaya...