Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

mencapai sempadan kesabaran


wahai sahabatku,semoga kalian dilimpahi rahmatNya walau di mana kamu berada. Sesungguhnya Dia sentiasa berada disisimu, Dia sentiasa mencintaimu...sedangkan kamu selalu menyalahiNya. Lihatlah perbuatan kalian...kalian sentiasa menyalahi takdirNya tetapi Dia tidak membalas dengan kehinaan ke atas kalian, malah Dia membalas dengan nikmat yang banyak. Dia menghidupkan dirimu sehingga ke hari ini, Dia memberi kalian rezeki berupa wang, rumah, makanan, minuman, pakaian, kecantikkan, kegembiraan, persahabatan, keluarga dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat kalian menghitungnya walau kalian sendiri pakar dalam ilmu perakaunan...

wahai saudaraku, dengarlah kata hatimu bukan bisikan nafsumu..."OPEN YOUR HEART". Bukalah hati kalian dengan seluas-luasnya, nikmat yang kalian terima terlalu banyak dan bersyukurlah dengan nikmat itu. Balaslah nikmat itu dengan sifat sabar akan kelakuanNya( takdir )...kehidupan ini adalah sebuah permainan, di mana ujian dan dugaan itu sebagai penentu kemenangan dan kekalahan. Bukan kesusahan itu sahaja sebagai ujian, kesenangan juga adalah satu ujian. Hanya dengan mata hati seorang manusia itu dapat menilai. Nilailah dengan mengharap keredhaanNya dan keampunanNya.

BERSABARLAH DEMI REDHANYA

Mengapa kalian hanya melihat pada satu sudut yang hujung sahaja, bukan melihat keseluruhannya. Kalian lebih menafikan takdirNya tetapi kalian tidak mengetahui akan kehadiran hikmah takdirNya. Lihatlah kezaliman kalian sendiri cipta pada diri kalian sendiri. Mungkin saya bukan berada ditempat kalian tetapi tidak mustahil saya tidak diuji oleh Tuan Empunya Dunia. Selagi kita bergelar manusia (hambaNya), kita tetap akan diuji walaupun mereka itu orang kafir.

Ujian dan dugaan setiap manusia sangat berbeza, hanya orang-orang yang bersabar akan berjaya melaluinya. Semakin sabar seseorang itu semakin berat ujian yang mereka terima. Itulah jalan "KEKASIH ALLAH"...Ujian dan dugaan yang kalian lalui bukanlah sekadar penderitaan dan Dia(Allah) tidak mahu menolong kalian tetapi Dia terlalu mencintai kalian. Lihatlah penderitaan Rasulullah SAW, bukankah baginda adalah manusia yang terbaik dan juga kekasihNya ? bukan Allah mengujinya tanpa membantu baginda tetapi Allah mahu meletakkan baginda sebagai makhluk yang terbaik daripada setiap ciptaanNya.

Bagaimana penduduk Thaif yang tidak mahu menerima baginda tetapi baginda tidak membalasnya dengan kekejaman. Baginda mendoakan, semoga keturunan mereka ada yang menyebarkan agama yang mulia ini. Lihatlah sikap Rasulullah, jadilah baginda sebagai tauladan.

Lihatlah kehebatan 4 wanita yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Mereka adalah Khadijah, Maryam, Fatimah dan Asiah. Mereka diuji dengan ujian yang amat berat berbanding kita hanyalah sedikit ujian yang diberi tetapi mereka bersabar  dan redha akan kehendak Ilahi. Lihatlah kemuliaan Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah yang diuji dengan keletihan, kepenatan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Saidina Ali. Lihatlah Fatimah, menjalani tanggungjwabnya tanpa rasa susah walaupun dia hidup dalam keadaan serba kesusahan. Tidak mengeluh dan tidak mengharap bantuan orang lain. Mengapa Saidina Ali tidak berkahwin lain ketika Fatimah disisinya ? Ini kerana Fatimah telah melakukan tugasnya seperti 4 dalam 1. Maksudnya jika hari ini ada lelaki berkahwin 4, empat orang isteri tersebut bersamaan dengan kekuatan Fatimah Az-Zahra. Lihatlah kesabaran seorang wanita ini dalam menjalani tanggungjawabnya. Tidakkah kalian mahu seperti wanita yang bernama Fatimah ini ? 

Kita lihat pula ibu kepada umat Islam iaitu Siti Khadijah.Kehadirannya dalam hidup Rasulullah SAW membawa seribu makna dan sukar ada pengganti sepertinya walaupun ada sejuta wanita solehah di dunia hari ini. Dia memberi Rasulullah SAW zuriat iaitu Ruqayyah, Ummu Kalsum, Zainab, Al-Qasim, Abdullah, dan Fatimah Az-Zahra. Khadijah juga menjaga dan membenarkan kata-katanya ketika Rasulullah menjadi rasul dan kaumnya tidak menerima ajaran yang benar. Khadijah menjadi ibu ketika Rasulullah dalam ketakutan, Khadijah menjadi isteri ketika Rasulullah memerlukannya, Khadijah menjadi kekasih saat Rasulullah memerlukan cinta dan Khadijah menjadi sahabat ketika Rasulullah dipulaukan oleh kaumnya...itulah keistimewaan Khadijah buat Rasulullah, perlu dicontohi buat semua bakal isteri,ibu-ibu dan wanita solehah. Sentiasa setia disisi suaminya walaupun dugaan yang hebat menerjah keluarganya. Pernah suatu ketika Saidatina Aishah bertanya kepada Rasulullah kerana Aishah begitu cemburu akan Khadijah walaupun Khadijah sudah wafat. Rasulullah SAW membalasnya :

" Demi Allah, wahai Aishah! belum ada ganti yang lebih baik daripada Khadijah. Dia beriman kepadaku ketika orang lain termasuk keluarga dan kaumnya mengingkariku. Dia memeluk Islam, menyara hidupku, menghabiskan kekayaannya menyeru ke jalan Allah di saat orang lain memulaukanku. Dia memberiku zuriat yang tidak akan diperoleh daripada perempuan lain."

Lihatlah kehebatan wanita unggul dalam Islam, tidakkah kalian ingin menjadi seperti mereka? Wahai sahabatku, bersabarlah demi redhaNya. Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak goyah walau dihempas badai yang melanda yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput yang akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Sahabatku, contohilah wanita suci Maryam Binti Imran. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilontarkan tetapi tidak sesekali Maryam membalasnya dengan dendam. Hanya kekuatan kesabaran yang ada dalam dirinya, Maryam laluinya dengan hati yang tenang. Kerana keyakinan akan janji-janji Allah, dia lalui dengan tabah. Tidakkah sukar perjalanan wanita ini? Menempuhi ujian yang bukan kehendak dirinya dan menerimanya dengan penuh kesabaran. Ingatlah sahabatku, orang-orang yang beriman menjalani kehidupan mereka dengan kesabaran sedangkan orang-orang kafir menjalani kehidupan mereka dengan sesalan.

Jadilah isteri Firaun sebagai tauladan, Asiah Binti Mazahim.Menjadi seorang isteri raja yang paling zalim di dunia tetapi apa yang dibalas oleh Asiah? sabar dan redha. Tidak pernah sesekali meminta ditinggalkan walaupun dia sendiri menderita dan terseksa. Menjadi ibu angkat kepada Nabi Musa as, demi cinta akan kehadiran anak kecil itu Asiah berhadapan dan menyakinkan Firaun Laknatullah, disaat Firaun mengarahkan semua bayi-bayi lelaki dibunuh. Tidakkah kalian malu akan perbuatan kalian terhadap suami kalian, sedangkan sejarah telah menceritakan dahulu kehebatan wanita syurga ini. Adakah suami kalian seperti Firaun yang mengaku dia sebagai Tuhan? Kalian hanya bertengkar dan terseksa kerana perkara dunia tetapi Asiah diseksa bukan kerana hal dunia, Asiah terbunuh kerana cinta pada kekasih hakiki iaitu Allah SWT.

Wahai wanita solehah, andai dulu kalian amat mencintai suami kalian, cintailah mereka hari ini demi Allah dan Islam ! Didiklah anak-anak kalian demi kasih kepada Islam ! Hanya Islam dapat mengubah kehidupan kalian...Islam mengajar kalian erti kasih, sayang, rindu, cinta dan syukur. Islam membawa kalian akan maksud sebenar CINTA ALLAH SWT !!!

Allah SWT tidak pernah mengasari kekasih-kekasihnya, malah membelai mereka dengan penuh nikmat syurga. Begitu juga kita, jangan mengasari orang yang kita sayang...terima segala ujian dan dugaan dengan penuh kesabaran demi redha Allah SWT.

Wahai penilai cinta ! saya juga bukanlah wanita yang sempurna tetapi tidak salah kita semua sempurnakan kehidupan ini dengan mencontohi mereka demi mencari redha Allah, demi Islam ! waallahu'alam...

Monday, December 21, 2009

ENGKAU pemilik SEGALA CINTA


cinta itu indah. kerna cinta, kita melakarkan segala keseronokan malah sanggup tergadai maruah dan agama. hebat kuasa cinta, bak kata ahli bijaksana..."cinta itu permulaan khayalan." diriku bersetuju akan ungkapan itu. mana tidaknya bila cinta sudah bermaharaja dalam diri segala-galanya berlaku. kerna cinta bertaut, rindu pula mengundang. rindu itulah khayalannya. terasa berjauhan. terasa malam itu jauh dan siang itu seketika. wah, bak kata orang yang dilamun cinta..."makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah."itulah khayalan orang yang bercinta.


Hai penilai hati ! mana mungkin ciptaan Ilahi itu tiada perasaan cinta. sedangkan kejadian seekor ulat pun masih mempunyai perasaan cinta. MasyaAllah...hebat ciptaan Illahi. cinta mencintai...rindu merindui...kasih mengasihi...sayang disayangi...banyaknya ungkapan cinta. tetapi diriku bukan mahu bicara mengenai cinta duniawi ini, ingin kusuarakan cerita hati mengenai PEMILIK SEGALA CINTA, CINTA ABADI.

Hai pemilik hati ! ingin kukongsi akan bicara ahli sufi yang kukagumi iaitu Rabiah Al Adawiyah mengenai cintanya pada Allah. seseorang telah bertanya padanya dan Rabiah menjawab ,

" Aku mencintai Allah kerana 2 perkara iaitu Allah wajib dicintai dan Dia pemilik segala cinta."

sesungguhnya dunia yang tercipta penuh dengan hitam dan putih. hanya hati-hati yang disulami cinta kepada Allah sahaja dapat menguasai hitam dan putih itu. apakah hitam dan putih yang digambarkan itu...itulah derita dan nikmat.

wahai saudaraku, dunia yang kalian berpijak ini hanyalah hasil kasih sayang Allah pada kalian. terjadinya kalian kerana ucapan " basmalah ", sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hai pemilik jiwa ! Allah tidak akan mensia-siakan ciptaanNya. setiap apa yang berlaku, adapun itu nikmat mahupun penderitaan...ia adalah kasih sayang Allah SWT kepada ciptaanNya. mana mungkin sang kekasih sanggup mengecewakan sang pencinta. nikmat itu pemberian yang terlalu indah dan penderitaan itu peringatan yang terlalu agung. nikmat itu hadiah kepada sang pencinta supaya bersyukur atas pemberianNya. sedangkan penderitaan itu adalah peringatan kepada sang pencinta bahawa setiap pemberian itu hadir dariNya, Tuhan Yang Maha Pemberi Nikmat ! bukan dari usaha dan kehebatan yang dimiliki oleh sang pencinta.

wahai saudaraku, lihatlah kehidupan hari ini yang penuh dengan tipudaya duniawi. sesungguhnya sifat sombong itu hanya milik Allah bukan milik kalian. kalian hanyalah hamba. maka kenapa kalian saling membenci, saling bermusuhan, saling menunjukkan kuasa sedangkan itu semua bukan milik kalian. sedangkan Allah SWT jadikan kalian supaya menyuruh kalian berkasih sayang dan mengingatiNya sebagai PEMILIK SEGALA KERAJAAN.

dari Hasan dari Rasulullah saw, baginda bersabda :

" umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Hai pencinta kepada kekasih ! siapa yang mengatakan mereka cinta kepada Allah maka janganlah bermusuhan. kepada siapa yang berkata mereka mencintai Rasulullah saw maka adakah mereka lebih berkasih sayang daripada Rasulullah saw ? jangan mengatakan kalian cintakan Allah SWT dan Rasulullah saw tetapi kalian membenci ciptaanNya dan bermusuh dengan umatnya. maafkanlah kesilapan dan kesalahan saudara-saudaramu.

Rasulullah saw bersabda,

" siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula. "

sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun dan Rasulullah saw itu pemaaf. jadi ingatlah, kehidupan yang indah ini hanyalah tipudaya dan yang benar hadir dari Illahi. maka Allah SWT patut dicintai kerana Dia adalah PEMILIK SEGALA CINTA.

AKHIR kalamku, nukilan yang kuhasilkan ini hadir dari Illahi ketika majlis pernikahan ust Samawi dan kak Sakinah. dan tidak lupa juga kehadiran Muhammad Rayyan Yusoff yang comel...alhamdulillah, terhasil juga coretan yang memuaskan hatiku...


dari hati ke hati, insan yang hina...khabaran yang indah hadir dari Maha Pengasih, maka BAWA HATIMU KEPADA TUHAN...MENGHARAP HADIRNYA JIWA KEHAMBAAN...waallahua'alam...

Tuesday, December 1, 2009

SUBURkanlah CINTAmu SAUDARA seIMAN

wahai saudara seiman, bagaimana keadaan kalian hari ini ? semoga kalian dirahmati oleh Allah SWT sentiasa...saudaraku suburkanlah cintamu kepada saudaramu yang lain kerana di dunia inilah peluang kita mahu merasai cinta dan kasih sayang. di akhirat kelak, kita semua akan hilang pandangan kasih sayang...hilang pertimbangan...hilang kecintaan kita. di dunia inilah masanya kita merasai dengan sebaik-baiknya. mana mungkin saudara seiman tidak menyayangi saudara seiman yang lain...benar firman Ilahi dalam surah al-Hujurat, ayat 10 bermaksud :

"Hanya sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."

wahai pemilik hati...masihkah ada kebencian, dendam, permusuhan antara kalian ?saudaraku bagaimana kita ingin menjadi pemimpin andai ini yang berlaku...saudaraku inginku cerita sebuah kisah benar antara persaudaraan yang teguh antara suku Aus dan Khazraj...

" Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 103, bermaksud : 

' Dan berpegang teguhlah kalian semuanya kepada tali ( agama ) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian, ketika kalian dahulu ( zaman jahiliah ) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu kerana nikmat Allah kalian menjadi orang-orang bersaudara dan kalian telah berada di tepi jurang  neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. '

dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa sebab turun ayat ini adalah, ketika suku Aus dan Khazraj- yang merupakan penolong Rasulullah saw di Madinah- sepakat untuk bersaudara dan saling menyatukan hati hingga lebih kental dari bapa dan ibu mereka. di kalangan bangsa Yahudi merasa iri hati dan marah. mereka bertolak menuju ke Madinah untuk bertemu suku Aus dan Khazraj yang sedang berada di masjid berkata,apakah kalian sudah melupakan peperangan yang terjadi pada zaman Jahiliah ? mereka berusaha mengingatkan kejadian demi kejadian masa lalu, begitu juga pemberontakkan yang terjadi sebelum kedatangan Islam. pernyataan ini menimbulkan fitnah antara mereka. lalu mereka lupakan rasa persatuan dan persaudaraan yang sudah terjalin. salah seorang pemuda Khazraj segera berdiri sambil menghunus pedang," siapa di antara kalian yang pernah ditampar ? sekarang sudah tiba masanya..."maka mereka bermusuhan dan mereka lupa akan persaudaraan dan kecintaan mereka kerana fitnah yang dibawa oleh orang-orang Yahudi. berita tentang kejadian ini akhirnya sampai kepada Rasulullah saw. baginda keluar tanpa memakai alas kaki dan menyingsingkan sarung hingga ke tempat pergaduhan antara suku Aus dan Khazraj. baginda berada di tengah-tengah barisan pergaduhan tersebut dan pada saat itu ada di antara mereka yang telah menghunus pedang dan siap melibaskan pedang ke leher-leher lawan...masyaAllah. Rasulullah saw berada di tengah-tengah mereka dan berkata :

" saudara-saudaraku sekalian, ketika kalian masih tersesat Allah telah memberi kalian petunjuk melalui aku. ketika kalian bercerai-berai, Allah telah mempersatukan kalian dengan aku. dan ketika kalian saling memerangi musuh-musuh, Allah telah mempersaudarakan kalian dengan aku. betul, Rasulullah ! Jawab mereka serentak. bukankah aku berada di tengah-tengah kalian kata Rasulullah lagi. mereka menjawab : betul. bukankah wahyu telah turun kepadaku, ketika aku berada di tengah-tengah kalian ? mereka menjawab : betul. lalu apa yang kalian lakukan sekarang ini ? tanya Rasulullah kepada mereka..."

akhirnya mereka meletakkan pedang di tanah sambil beristighfar. sesaat kemudian, mereka pun menangis sambil berpelukan..."

wahai pemilik jiwa, seluruh umat Islam adalah bersaudara...persaudaraan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah persaudaraan yang teramat agung kerana ia atas dasar iman. persaudaraan ini persaudaraan yang lebih baik daripada nasab keturunan, kekayaan,kedudukan kerana persaudaraan ini akan menghantarkan dan membimbing mereka menuju keredaan Allah SWT.jadi mengapa kita perlu bermusuhan ? mengapa perlu membenci ? mengapa perlu bercerai-berai ? mengapa perlu saling fitnah memfitnah ?bukankah kalian semua ada al-Quran ? bukankah itu risalah yang terbaik dan abadi ? wahai penilai hati...Rasulullah saw masih berada di tengah-tengah kalian, walaupun baginda telah wafat...fikirkanlah...

saudaraku seiman, maafkanlah kesilapan saudara-saudara kita...kita semua hanyalah insan yang hina penuh dengan kesalahan yang sering kali kita lakukan. mengapa tidak kita beristighfar akan kesilapan kita sedangkan Rasulullah saw sentiasa beristighfar...masyaAllah.

wahai jiwa yang tenang, dunia ini hanyalah tempat tinggal yang hanya sementara sahaja...berdamailah dan bergembiralah dengan nikmat yang Allah SWT berikan. jangan mensia-siakan...berpelukkan dan bersalamanlah dengan saudara-saudara yang lain kerana di sinilah peluang kita untuk bersaudara...ingin merasa kasih sayang yang amat-amat indah. inilah kurniaan Ilahi yang amat bermakna...

" Hanya orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. "

dari hati ke hati, saudaramu yang hina....bertuturlah cinta kerana satu nama yang agung...

Friday, August 21, 2009

CINTA ITU MILIK SIAPA..?

cinta itu milik siapa..?cinta adalah suatu yang amat halus Allah swt anugerahkan kepada makhlukNya yang bernama manusia...tetapi adakah kita memanfaatkan sebaik-baiknya perasaan itu..?sukar diperkatakan kerana hari ini ramai yang menyalah gunakan perasaan halus itu...dari cintalah kita merasai rindu dendam,asyik,kasih dan sayang...
kali ini ana mahu berkongsi cerita mengenai "hati seorang wanita"...hati wanita begitu halus,senang dipujuk senang dipermainkan...senang menerima susah melepaskan...tetapi kerana hatinya satu,yang satu itulah keindahan buat dirinya...baru-baru ni ana mendapat tahu sahabat ana,kawan baik ana sudah ada empunye...terkantoi pulak dengan ana,dia tidak menceritakan pada ana tapi dari gambaran yang ana rasa hatinya begitu ceria begitu gembira,ana pun bermain kata-kata dengan berputar belit soalan akhirnya dia mengaku...hebatkan hati wanita ini...senang untuk mengaku,jadi jika anda seorang lelaki yang benar2 hebat anda jangan mengecewakan perasaan mereka,mungkin mereka memerlukan sokongan ataupun nasihat..dari anda.

ikuti perbualan ana dengan sahabat ana...ana berbual dengannya melalui yahoo messeger(ym)...dah lama ana tak berjumpa dengannya,insyaAllah ada jodoh masa raye nnti...doakan...

aku (sarah): o0o...kantoi...huhuhu...org mane..?

myra :huhu...ala dah kantoi la pulak...org perak...tapi family dia stay kat selangor

aku (sarah):wah..hebat dah ada empunye upenye...tahniah..

myra :syukur...kerana Allah temukan dengan seorang insan...

selepas dia tukar topik lain...kami berbincang tentang assignmt,exam,holiday and byak lagi tapi krna ana jenis tak suka mengalah ana tukar topik lain cepat2...ana nak thu jugak cam mne mereka berkenalan...hahaha...jahatkan ana ni,dahlah degil and nakal....suka mengusik orang walaupun ana ni jenis pendiam...hahahaha...

aku (sarah):erm..berbalik ke cerita asal...satu universiti ke..?hahahaha

myra :hehehe...sarah ni...bru nak buka topik lain..

aku (sarah):erm..topik apa..?(ana sengaja usik dia)

myra :kami satu u..tapi dia dah bru abis blaja and dia sambung master kat korean..

aku (sarah):o0o...skrg kat korea la ni...alhamdulillah..baguslah...

myra :skrg dia kat sni...insyaAllah next week dia bertolak ke sana...ada konvokensyen...

aku (sarah):erm...kawan2 yang lain dah tahu...jumpa sekejap la ni...

myra :ya Allah,kawan2...tak thu lagi...a'ah jumpa sekejap ari tu time dia konvo...

aku (sarah):erm...mcam mne leh kenal...hahaha

myra :hehehe...ktorg bertemu dekat library...masa tu nak pinjam buku yang sama..so terjadilah pertemuan(wah,indahnya...ana fikir sapelah putera bertuah itu..?dan sapelah raja yang bakal ana miliki...)

aku (sarah):pertemuan itu satu kebetulan...

myra :tapi sarah myra sedey la...

aku (sarah):la..nape sedey pulak?sepatutnya gembira dan bersyukur...

myra :dlu mase dia ada kat sni dai selalu tegur myra klau mira buat silap..selalu tarbiyah kat myra...sekarang dah tak ada...tapi myra perlu fikir positif,dia pergi sana untuk masa hadapannya..so myra kena redha...sarah doakan hubungan kami dilindungi oleh Allah...(wah...terharu ana...sahabatku doaku untukmu sentiasa ku amiin...semoga kau berbahagia)

aku (sarah):doamu sentiasa ku amiin kan andai itu tidak membawa kemurkaanNya...yang penting doa kita sendiri...doalah dia milikmu setiap selepas solat doalah...

myra :yup..betul tu sarah..mudah-mudahan...andai dia tercipta untuk diri myra,myra terima dia seadanya andai dia bukan milik myra...myra redha segala ketentuan Nya...(sungguh indah kata2mu sahabat...)

aku (sarah):berdoalah banyak2 dan buat solat istikharah...

myra :akan myra selalu ingat...dan mohon petunjuk dari Allah swt...erm..sarah mcam mne pula..?

aku (sarah):kita mcam dulu..still single..tak ada orang minat kot..hahaha

myra :erm...krna setiap apa yang terjadi adalah dari ketentuanNya...suatu hari nanti pasti sarah bertemu juga..cuma Allah belum beri petunjuk je..belum tiba masanya...

sampai di situ je yang boleh ana ceritakan perbualan ana dengannya...yang seterusnya tidak boleh...sbbnya rahsia...kerana apa ana terfikir mahu memberitahu tentang perkara ini...kerana ana perlu katakan pada setiap lelaki..kami kaum hawa,mahukan nasihat dan bimbingan dari anda semua...memang kami adalah antara penghuni yang ramai di neraka tetapi bukan ke semua kami kerana jika kami orang2 beriman,kami doakan syurga adalah tujuan kami...

ramai kaum hawa di luar sana memerlukan bimbingan dari kalian kerana kami jarang ke majlis2 agama...kadang2 bila kami ke majlis2 agama...kami akan di fitnah malah menjadi perbualan orang...

saudaraku,
jika anda mengikuti perbualan ana dengan sahabat ana..anda semua mungkin teruja...akhir kata dari ana....
ana yang lemah serta hina ini mendoakan kalian berbahagia di bulan yang penuh kerahmatan ini...
salam ingatan tulus buatmu sahabat...