Monday, May 18, 2009

ilmu permulaan dakwah....



hari ini kita insan biasa yang bergelar hamba Allah tetapi sebenarnya kita mahu lebih dari itu...itulah sifat manusia yang tidak putus2 mahu kelebihan keinginan. bila nafsu menguasai diri dan hati, siapa dapat mengubahnya kecuali iman dalam jiwanya. INGATLAH saudaraku, terdapat 2 jenis kerakusan yang membajai diri manusia iaitu kerakusan untuk mendapat ilmu dan kerakusan untuk mendapat dunia...saudaraku,kerakusan untuk mendapat ilmu yang macam mana kita perlu titipkan dalam jiwa setiap insan. ilmu terlalu banyak tetapi ingatlah bukan ilmu duniawi yang perlu kita semai dalam diri dan jiwa kita tetapi ilmu agama iaitu ilmu yang menghadap kepada Allah SWT. ingatlah sabda Rasulullah SAW," setiap benda ada kemuliaannya dan sesungguhnya majlis yang paling mulia majlis yang menghadap Allah SWT." Subhanallah, hari ini begitu ramai adik2 kita berjaya sehingga mencapai tahap yang begitu menakjubkan tetapi adakah insan hari ini, bersyukur kepada Allah SWT...fikirkanlah...kita perlu ingat sabda Rasulullah SAW," sesetengah daripada tanda kiamat, Allah SWT mengangkat ilmu dan maknanya (tiada) di muka bumi." MasyaAllah,hari ini sudah pun terjadi...INGATLAH saudaraku, jika kita ingin menjadi seorang doktor jadilah seorang doktor yang berilmu agama...jika ingin menjadi tokoh korporat jadilah tokoh korporat yang ada ilmu agama...jika ingin menjadi seorang ustaz jadilah seorang ustaz yang berilmu agama dengan ikhlas...Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan orang2 yang beriman dan berilmu, semoga Allah SWT akan menambahkan ilmu yang kita miliki dan juga keredhaanNya,insyaAllah. INGATLAH saudaraku, apabila kita miliki sesuatu ilmu kita perlu mengamalkannya dengan ikhlas, sepertimana imam Ghazali berkata," rugi sangat orang yang jahil melainkan orang yang berilmu, rugi sangat orang yang berilmu melainkan orang yang mengamalkan ilmu, dan rugi sangatlah orang mengamalkan ilmunya melainkan orang ikhlas dalam mengamalkan ilmunya."saudaraku jika ingin mencerita tentang ilmu, terlalu banyak untuk diperkatakan...

No comments: