Monday, December 19, 2011

aku yang mencari-cari




Aku mencari-cari
ku seru nama dunia
ku lewati seluruh alam
ku selongkar setiap sudut
tiada ku temui apa yang diharapkan

Aku mencari lagi
kerna ku dambakan indahnya 'mahligai rahsia'
seluruh insan mengharapkannya
menemui penghulu seluruh alam
mewajahi 'cahaya yang bak berlian'
masihkah ada harapan untukku

Aku mencari kerna mahu kebenaran
biar mereka kata 'aku gila'
 tidak akan ku temui selepas ini
ku tinggalkan pakaian fana
kerna itu membuatku semakin sakit
tapi
ku tidak mampu menghadapinya kerna pakaian itu telah lengkap ber'maharaja'

Aku mencari di seluruh keinginan
ku nyatakan hasrat hati
ku rebah di tikar cinta
kerna ku lemas dalam dakapan dunia
ku nyatakan suara cinta
bergugur air mata rindu buat 'kekasih yang dicintai'


dari hati ke hati, cinta Ilahi amat ku dambakan....








No comments: