Sunday, March 1, 2009

~sekadar renungan....~



Saudaraku yang seagama denganku,
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup :
  1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  3. Barangsiapa suka duduk dengan sultan (pemerintah negara) , akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan (bukan muhrim), akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
  6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
  7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
  8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.
saudaraku,
marilah kita bersama-sama kembali kepada yang Esa..manusia yang taat kepada Allah swt sentiasa merasai dalam diri mereka banyak melakukan kesalahan dan dosa.Mereka sentiasa mahu berhijrah ke arah kebaikan tetapi setiap kali mreka berhijrah (meninggalkan dosa) setiap kali itulah mereka merasai terlalu banyak dosa yang mereka lakukan.Oleh itu, mereka sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt, tetapi bagaimana pula manusia yang ingkar kepada Allah swt...masyaAllah, mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang dilarang dan dalam hati mereka tidak ada sedikit untuk bertaubat ke jalan Allah swt..semoga Allah swt memberi hidayah dan keampunan kepada mereka.Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka mendapat hidayah.Sebagaimana firman Allah swt, maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(surah al-Baqarah, ayat :218)
Semoga orang-orang beriman sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah swt, InsyaAllah.
Abu Bakar ra berkata,
"Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah belakangmu,dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu, sedangkan Allah swt di atasmu.
sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,".....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya.."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuh, maka hilang syurga dari dirinya.Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah swt, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan ."
iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
(enam persimpangan yang dihadapi oleh manusia)

BERMACAM-MACAM KURNIAAN REZEKI


Allah kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk, antaranya :
  1. Ilmu yang luas dan bermanfaat (ilmu yang paling bernilai adalah yang dapat beri manfaat untuk dunia dan akhirat)


  2. Hidayah (hidayah atau petunjuk dari Allah dikurniakan kepada siapa saja di kalangan hamba-hamba yang dikehendakiNya.Dengan hidayah ini,seseorang dapat keluar dari kekufuran kepada iman, dari jahil kepada berilmu.


  3. Iman dan Islam (Nabi saw apabila dengar ada orang ucapkan 'Alhamdulillah', bersyukur kepada Allah atas nikmat Islam, baginda lalu bersabda ;"Sesungguhnya kamu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang sangat besar").


  4. Kefahaman dalam agama (Orang yang diberi kefahaman dalam agama amat beruntung kerana ia petanda Allah mahu dia jadi baik. semakin banyak dia belajar, bukan sahaja semakin berilmu tapi yang lebih penting semakin tinggi kefahamannya dalam agama. ini rezeki yang akan menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Sabda nabi saw :"Siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya maka Dia akan memberikannya kefahaman yang mendalam dalam urusan agama." (riwayat Bukhari dan Muslim) )


  5. Persekitaran yang baik (Kawasan kejiranan yang baik, teman sekerja dan sahabat-sahabat yang baiik serta lingkungan keluarga yang baik merupakan rezeki yang tidak ternilai kerana dari situ akan terasa kebahagiaan hidup.persekitaran yang baik ini juga mendorong seseorang itu mudah untuk buat baik dan mengumpul pahala untuk akhirat. )


  6. Dicukupkan keperluan (keperluan hidup yang mencukupi meliputi keperluan makan dan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dan sebagainya.kadang-kadang Allah cukupkan walaupun seseorang itu berpendapatan sederhana saja hingga dia boleh beribadah dan jalani kehidupan dengan tenang, tidak terganggu dengan masalah-masalah yang menyempitkan dada.Ada pula yang berpendapatan tinggi tapi Allah sempitkan keperluannya, kerana Allah mahu si hamba tidak bergantung dengan benda , sebaliknya bergantung kepada Allah semata-mata.bagi hamba yang Allah cukupkan keperluannya dan banyak harta, dia diberi rezeki untuk disyukuri dan dibahagi-bahagi.)

Monday, February 16, 2009

alamak!!!exam datang lagi...ape nak buat??

alamak!! exam datang lagi...macam mane ni???
pada 13 feb 2009 aku balik kampung..rindu sesangat kat mama dan adik2..
lepas ni InsyaAllah ade rezeki dapat keje kat kajang...InsyaAllah.
aku tengah pening ni,adakah result aku akan merosot??
result sem lepas,Alhamdulillah...itu semua berkat usaha dan kekuasaan Allah.
thankz Allah swt..
Ya Allah bantulah aku ini,hamba yang lemah dan kuatkanlah semangat dan ingatanku..Ya Allah..
aku hendak naikkan pointer walaupun pointer yang lepas memberi kepuasan tetapi takkan setakat itu jer....
aku perlu teruskan usaha dan doa...
mula exam 17 feb 2009...
mama,sarah takkan sia-siakan doa yang mama pohon pada Allah swt..
InsyaAllah berkat doa mama,sarah akan terus berjaya...

Tuesday, February 10, 2009

~seindah perhiasan duniawi~




Kadang-kadang hatiku terdetik, masihkah ada wanita sehebat Khadijah..sesuci Maryam...sekuat jiwa Sumayyah...sesuci cinta Ummu Sulaim???dan beberapa lagi serikandi Islam yang memartabatkan Islam di persada dunia..masihkah ada lagi??jika ada,di manakah mereka?Ya Allah,ya tuhanku..hambaMu ini terlalu rindu waktu zaman kegemilangan Islam,masihkah diriku ini sempat melihat keindahan Islam dengan dipenuhi hiasan yang begitu indah(wanita)...Ya Allah, hambaMu ini berserah segala-galanya padaMu...Ya Allah,kadang-kadang diriku terfikir layakkah diriku menjadi hambaMU yang soleh?diriku sentiasa mengingati dan menasihati orang lain tetapi layakkah diri ini didekati??Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini!!


saudaraku yang disayangi,
diri ini yang kerdil yang lemah dan serta hina ini...bukan mahu mengkritik tetapi mahu luahkan perasaan yang selama ini terpendam dalam hati...kita mesti jujur dalam menghadapi kehidupan ini,jangan terlalu ghairah mendapatkan dunia. perjalanan hidup ini terlalu singkat dan perjalanan akhirat itu terlalu lama untuk kita sebagai hamba Allah hadapinya.percayalah..akhirat itu bukan sebuah cerita dogeng tetapi adalah benar dan tidak mustahil.kembalilah kepada Allah,saudaraku...


saudaraku yang dicintai,
terlalu lemah diri ini untuk terus berdakwah kerana terlalu banyak rintangan yang datang,dari dulu sehinggalah ke saat ini...tidak adakah di antara saudaraku memberiku semangat untuk teruskan perjuangan ini??Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk teruskan perjuangan ini sehinggalah ke saat akhir...
saudaraku yang sentiasa dirahmati Allah,
pernah dengar cerita WANITA & EPAL? kalau tak pernah,sudikah saudaraku melihat hasil tulisanku??
wahai para muslimat,
wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tetapi epal yang tidak mampu di beli berada di puncak
susah digapai, susah dipetik, terkadang epal itu risau..kenapalah diriku ini belum dipetik,
lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya..

wahai wanita solehah,
Hakikatnya epal itu terlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakan tiada siapa
yang berani memetiknya.Begitu jualah wanita-wanita solehah.Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar
hebat sahaja boleh memperolehinya...Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi.
biarlah jodohnnya bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu di sunting di taman dunia tapi lebih baik Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginnya untuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarilah Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan.Renungkanlah wahai para muslimah yang diberkati oleh Allah swt.

wahai saudaraku,
alangkah indahnnya tutur bicara kata-kata itu dan begitu hikmah bingkisan ayat itu. Inilah yang perlu kita kongsi bersama-sama supaya kita tidak terpandang lagi lautan duniawi yang durjana ini. Sebagai sahabat anda diriku seharusnya mengajak sahabat-sahabatku untuk kembali kepada Allah swt..Di dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini sebagai wanita hari ini kita perlu menjaga maruah diri kerana sesungguhnya wanita yang beriman itu lebih baik daripada ribuan lelaki soleh..


PUTERIKU SAYANG (HIJJAZ)
aduhai puteriku sayang..
lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti
lembutmu bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tetapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati
disebalik bersih wajahmu
disebalik tabir wajahmu
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
berpegang pada janji mengabdikan diri
malumu mahkota yang tidak
perlu singgahsana
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi
menyerah diri
ketegasanmu umpama benteng
negara dan agama
dari dirobohkan dan jua
dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya..


sahabat-sahabatku,
kembalilah kepada Allah kerana setiap perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan..dan perbuatan yang melampaui batas agama itu akan dibalas dengan kerugian kecuali dengan mendapat keampunan dari Allah SWT..
cintailah Allah itu melebihi diri sendiri kerana diri kita semua ini bukan hak kita kerana ia adalah milik Allah SWT..
teruskan perjuangan menjadi khalifah Allah SWT..diriku telah bersemangat semula...








Tuesday, January 20, 2009

gadis bertudung??


salam ukhuwah...
semakin lama dunia semakin tua..umur kita semua pun semakin meningkat....
tapi...amal semakin berkurang,kenapa???
sepatutnya amal semakin bertambah...
terutama golongan hawa...
erm..susah sangat ke nak melaksanakan perintah Allah swt...
kadang2 tu terfikir seketika..
ada sesetengah orang berkata "ala,orang yang bertudung ada buat perkara maksiat juga..lagi ramai daripada orang tak bertudung...
baik aku tak payah bertudung lagi bagus tak buat maksiat pun..."
ada juga yang berkata begini,"orang pakai tudung labuh tu lagi teruk daripada orang yang memakai tudung singkat..."
Ya Allah,kenapa terlalu singkat sangat fikiran kita bila berkata begitu...
kita jangan bezakan seseorang itu dengan pemakaiannya,kita lihat orang itu dengan hati dan niatnya bila memakai tudung...
ada sebuah dialog yang saya ingin kongsi bersama tentang pemakai tudung,di mana gadis tersebut tidak suka memakai tudung dan akhirnya dia memakai tudung hingga akhir hayatnya...

annisa : aku hairan wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik...wajah mak cik sangat muda dan cantik."

mak cik : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikkan itu datang dari lubuk hati.

annisa : tapi mak cikkan dah ada anak enam orang..tapi masih kelihatan cantik??

mak cik : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah swt.Dan bila Allah swt berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya??

annisa : mak cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana??

mak cik : Annisa, sesungguhnya Allah swt menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita...

annisa : tapi saya tengok banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

mak cik : tudung hanyalah kain tapi hakikatnya atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...?

annisa : apakah hakikat tudung??

mak cik : hakikat tudung adalah perlindungan zahir dan batin,lindungi mata kamu dari memandanag lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah swt., lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah swt, bila kamu sudah biasa maka tudung yang kamu pakai menyinari hati kamu..itulah hakikat tudung...

saudara yang seagama denganku...itulah hakikat tudung dan marilah kita bersama memakai dengan sifat dan hati yang terbuka...tetapkan niat di hati...dari saya saudaramu...